≡ Menu

aimannajmy dot com telah mengadakan ruang khas untuk penulis tamu.Penulis tamu untuk minggu ini ialah saudari Nurul Hidayatul Aiman Tukiman.Mari kita ikuti penulisan beliau

Salam buat semua pembaca aimannajmy.com. Saya Aiman. Bukan Aiman Najmy tapi Aiman Tukiman. Tajuk kali ini khusus untuk sesiapa yg bakal melangsung majlis pertunangan. Jangan sesekali mengambil mudah mengenai persiapan majlis pertunangan. Bak kata orang ramai, sekali dalam seumur hidup. Biarlah sederhana tapi meriah.

Sebelum majlis pertunangan, biasanya majlis merisik adakan berlangsung. Tapi, pada zaman sekarang ini, ada jugak yang tak mahu buat majlis merisik. Nak menjimat kos. Rasionalnya, majlis merisik dilakukan untuk memastikan bahawa gadis yang dihajati oleh seorang lelaki itu masih belum berpunya. Keduanya, kedua-dua belah keluarga boleh saling mengenali.

Selesai bab majlis merisik, satu perbincangan keluarga perlu di adakan mengenai persiapan majlis pertunangan merangkumi tarikh, masa, tempat, kos, makanan dll. Semua aspek yg ditetapkan perlulah mendapat persetujuan ramai dan mengelakkan kekeliruan. Perancangan perlu dilakukan untuk mengelak pembaziran. Pada masa yang sama, boleh berjimat.

Tarikh biasanya akan dipilih pada hujung minggu atau waktu cuti sekolah utuk memudahkan sanak saudara @ sahabat handai menghadirinya.

Untuk majlis yg indah dan meriah, cuba selitkan tema mengikut citarasa anda. Cuba cipta kelainan dengan kreativiti tersendiri. Tak kisahlah perabut lama ke langsir lama, janji kreatif.

Bab hantaran, pemilihan barangan hantaran bergantung kepada bajet anda. Jika anda ingin mengubah sendiri, lakukannya awal. Ingin menempah di kedai, tempahlah seawal mungkin dari tarikh pertunangan. Ada jugak yang buat hantaran sendiri tapi kurang elok. Memang la nk jimat kos tapi buat la yg ringkas dan sedap mata memandang.

Cincin tanda ikatan pertunangan bagi setiap pasangan. Pemilihan cincin perlu dilakukan bergantung pada kesesuaian jari serta bergantung pada bajet anda. Survey dulu harga cincin sebelum membeli. Ataupun ikuti harga emas semasa, kalau harga emas jatuh, belilah & boleh jimatkan bajet anda.

Contoh interior design majlis pertunangan Photo ihsan: anterafoto

Pakaian semasa majlis pertunangan, terpulang sama ada menyewa atau membeli. Biasanya, pakaian semasa majlis pertunangan adalah ringkas & tak ‘over’ sangat. Pilihlah mak andam yang mampu buat solekan pada wajah anda berseri-seri. Perkhidmatan mak andam pun perlu selaras dengan harganya. Berpatutan tapi cantik.

Bagi yang ingin melangsungkan majlis pertunangan di rumah, pastikan rumah kemas & bersih. Lengkapkan dekorasi yang berhias dengan konsep dan tema tersendiri.

Pemilihan makanan perlu dilakukan bersesuaian dengan masa majlis dilangsung sama ada waktu pagi, petang atau malam.

Inginkan perkhidmatan rakaman video atau sesi fotografi, tempahlah juruvideo atau jurugambar untuk merakamkan detik-detik manis majlis pertunangan anda.

Senaraikan tetamu yg akan dijemput supaya ada yang tidak ketinggalan.

Akhir sekali, jangan lupa buka majalah mengenai majlis pertunangan untuk mendapatkan idea serta ilham serta konsep terbaru.

~ jadikan majlis pertunangan anda adalah

hari yang istimewa dalam hidup anda ~

Dapatkan update percuma, masukkan email, jangan risau aku anti spam

  • madlut February 20, 2011, 11:22 pm

    hehe…rasa macam teringin pulak nak bertunang

    Reply
    • aimannajmy February 21, 2011, 7:24 am

      pa lagi lut..tunang la lekaih..muka ang nsem cam farid kamil takkan la takdak awek huhu tak logik huhu

      Reply
  • nurul hidayatul aiman tukiman February 20, 2011, 11:44 pm

    he he best la bertunang… semi-wedding…

    Reply
    • aimannajmy February 21, 2011, 7:25 am

      anyway thanks for your writing..next time crita pasai kawen pulak.. lambat lagi noh ang nak merasai pengalaman berkahwin..takleh la nak tulih skang haha

      Reply
  • akubiomed February 21, 2011, 12:00 am

    Nama pun hampir sama dengan bro. Semasa iseri saya bertunang saya berada di Sarawak. Saya hanya dapat melihat foto gambar majis bertunang sahaja

    Reply
    • aimannajmy February 21, 2011, 7:28 am

      aah tuh la..nama aiman ni bukan terhad untuk lelaki saja hehe… silap2 kalo orang taktau leh anggap aimannajmy ni pun pompuan haha~ (begurau).Sepatutnya ikut adat camtu lah hehe lelaki takleh mai langsung.Zaman skang dah jadi trend bersanding sama2 atas mini pelamin

      Reply
      • Miss A.T March 28, 2011, 10:32 pm

        yup… pd pendapat aku, mini pelamin xyah buat la.. t kawen buat pelamin trus

        Reply
  • LazatMY February 21, 2011, 6:04 pm

    ermmm tunang je kot? tak perlu nak lebih2? takut nanti terkandas ditengah jalan

    Reply
    • aimannajmy February 22, 2011, 10:55 pm

      thanks lazat kerana sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini..huhu~ entah le trend zaman sekarang suma nak happening.. buat biasa2 je sudah~ duit yang lebih leh guna untuk kawen

      Reply
  • ejoncb February 21, 2011, 10:43 pm

    kalau saya la kan, kalau dah memang dah kapel dan kenal keluarga, tak payah la nak tunang lagi, bazir duit jer. Guna duit tu wat khwin dan lepas kawhein lagi bagus. Lain la kalau memang tak kenal, masa bertunang tu boleh kenal2 family dan tunang dulu.

    Reply
    • aimannajmy February 22, 2011, 10:56 pm

      haah nak diikutkan tunang ni just simple2 jaaa… nak jimat baek kawen terus..boley simpan duit ye tak.TAPI tulahh zaman sekarang..tunang menjadi satu trend dan mesti nak meriah serupa kawen siap ada pelamin la bagai

      Reply
      • Miss A.T March 28, 2011, 10:30 pm

        man, ang x tengok lg majlis pertunangan sblh pantai timur, lagi meriah..

        Reply
        • aimannajmy March 29, 2011, 10:16 pm

          ooh yaka… ada tumbang sekoq lembu ka hehe

          Reply
  • suri March 29, 2011, 12:07 pm

    suka saat bertunang segala asam garam di rempuhi akhirnya kawin juga heeee

    Reply

Leave a Comment

about

Objektif blog ini menceritakan segala yang aku obses.Terutama dunia internet marketing dan juga penciptaan seni lagu dan muzik serta melukis komik.Selain itu ianya bercampur aduk dengan segala apa yang aku rasa nak tulis.