≡ Menu

Kesabaran yang amat tinggi perlu bila melukis tambah-tambah lagi bila mewarna.Siapakah gadis ini? Entah just randomness.Inilah lukisan pertama terhasil bila mana bila cuba-cuba conteng-conteng atas screen tu, tiba-tiba terjadi ok pulak, so try pulak eksperimen warna hehe.. Aku pun baru saja bermain-main dengan software melukis ini.

Salam semua kepada pembaca tegar aimannajmy dot com.So kali ini aku nak berkongsi karya lukisan kartun aku yang dilukis atas screen, yakni dilukis dengan menggunakan platform Samsung Galaxy S2.Nak kata ‘karya’ tu takla.Contengan saja kot hehe.Becerita mengenai lukis melukis ni ianya lahir sejak semula jadi sedari aku kecil  (4-5 tahun camtu) hehe..di mana dinding-dinding rumah aku tu abih diconteng sana-sini dan arwah mak aku pun tak memarahinya.Kalo aku pun jadi ayah, aku biar je hehe, budak-budak nak membesar biar je lah.. nanti bila dah membesar dah paham cat le balik.

Dan dari kecik jugak aku dok ikut stail abang aku melukis, abang aku pun tera la jugak lukis, aku dok tiru-tiru belajaq melukis dari dia.Pastu dah besaq masuk sekolah rendah banyak juga la masuk pertandingan mewarna dan lukis telah aku sertai dan ada yang sampai ke peringkat daerah yang aku ingat time tu anjuran PLUS hehe.Lukisan-lukisan aku juga banyak mendapat pujian cikgu.Lukisan time budak-budak biasalah, comel gitu dan karya lukisan aku tu selalu ditempek diruangan “Pendidikan Seni” kat carta board belakang kelas.So rasa bangga kejap tengok hasil karya ditampal kat board tu dan budak-budak lain dok usya tengok.Sampaikan mural dinding sekolah pun aku tolong catkan hehe.

Selain tu masa sekolah rendah aku masih ingat lagi, aku siap buat komik khas berapa siri ntah untuk kawan-kawan kelas aku baca haha.Storyline semua buat sendiri dah siap 2-3 episod bawak pi sekolah bagi kawan baca… dan sampaikan bila ja time cekgu baru masuk.Cam biasa semua murid-murid perlu berdiri perkenalkan nama masing-masing dan juga cita-cita, murid lain jawapan standard besar nanti nak jadi cikgulah, polislah, juruteralah, tapi jawapan aku rilek ja, “Cikgu besar nanti saya nak jadi kartunis!” Hahaha.. sampaikan cikgu tu hairan dan berkata “Nak jadi kartunis je ke?” Dan kemudian kawan-kawan aku menyambut berkata “Dia nak jadi cam Ujang cikgu!” Hahaha sebabnya time aku sekolah rendah dulu sekitar darjah 3 camtu majalah Ujang baru nak bertapak dan tengah famous.So aku juga tak miss beli majalah Ujang time tu hehe..

Itu cerita sekolah rendah hehe… sekolah menengah dah lain.Masuk sekolah menengah dah tinggal lukis melukis ni dan jarang melukis.Zaman sekolah menengah aku bermulanya bakat aku dalam dunia muzik dan penciptaan lagu hehe.Sila rujuk entri-entri lepas untuk baca kisah zaman aku dulu time sekolah menengah.Kang panjang pulak mengarangnye hehe.Masa high school dulu pun kalo melukis pun kat buku-buku teks je hehe.Dan aku ada juga menyumbang karya kartun dekat majalah sekolah.Kiranya dunia lukis melukis aku tak sehappening time sekolah rendah ler hehe.

Inilah wajah aku ketika remaja.Aku belum pakai spek lagi time ni.Kira baru nak masuk alam baliaq hahaha!

Maka bila masuknya matrik kembali aktif gak sikit bila mana ada melukis untuk banner-banner dan ada juga buat komik untuk tatapan member serta memenangi tempat ketiga dalam pertandingan ceritera kartun.Bangga le jugak huhu bila mana nama kena panggil dihadapan ribuan pelajar matrikulasi time tu bila announcement pemenang tempat ketiga disebut hahaha.Tetapi bila mana aku masuk U bidang lukis melukis ni terus stop terus huhuhu sampailah sekarang rasa macam gatal tangan nak melukis balik.Masa kat U dulu dunia aku banyak bekisar mengenai penglibatan aktiviti berkaitan muzik.. dan juga galak bercinta time tu yang mana in the end tak kemana pun hahaha.

So sekian saja sinopsis berkaitan dunia seni lukisan aku sedari kecil sampailah sekarang.. Apa pun aku hanya tahu lukis kartun sahaja. Kalo bab melukis potret aku fail huhu.. tak penah lagi try.Bab potret abang aku cekap la. So meh kita masuk bab melukis atas screen Samsung Galaxy S2 ini.So software apakah yang perlu diinstall kat S2 ni.Kalo anda masuk android market maka ada banyak pilihan software untuk sketch ni.Bagi aku yang terbaik sekali adalah SketchBook Mobile. Sila lihat link tersebut untuk gambaran jelas.Aku juga melukis dengan bantuan stylus pen.Mula-mula aku guna jari tapi sangat susah

Walaupun guna stylus, ianya masih lagi susah detect ataupun hujung matanya tak sensitif.Ni mungkin kerana aku beli stylus murah sahaja haha.Hanya RM20 berbanding kalo stylus original Samsung harga mau dekat RM200 (menurut tokey kedai kat lowyat tu lah, taktau la kot dia tipu aku ke).So lukis atas screen ni memerlukan kesabaran yang tinggi sebab sangat sensitif, tambah-tambah kalo zoom, memang sakit ati sebab UI yang kecil agak susah untuk zoom guna jari jemari.Tapi kalo pakai ipad ke galaxy tab itu sedap sebab screen besar dan jari jemari tak mudah terkena bahagian screen time melukis hehe.

Seorang awek tengah pegang smartphone huhu.. just randomness.Awek kacukan korean maybe hehe, just conteng-conteng

Hehe aku merupakan antara supporters tegar pisang goreng makcik ni! Hehe.. Boleh kata tiap-tiap minggu aku tidak lupa membeli pisang goreng dari makcik ni. So aritu bila balik ja dari beli pisang goreng makcik ni aku terus sketch hehe

Selain itu aku juga merupakan salah seorang supporters tegar nasi lemak makcik ni.Hampir boleh kata selang 2 hari atau 3 hari aku mesti beli nasi lemak makcik ni.Sambal dia mantop! Walaubagaimanapun aku taklah kerap gila beli nasi lemak, kang gemok susah, haha kadang-kadang aku stop seminggu pastu sambung balik.Tapi nasi lemak makcik ni merupakan top 3 pilihan aku yang gerainya terletak berhampiran rumah aku sahaja.Sapa cepat dia dapat hehe.. So kalo pi lambat abih la.

So untuk gambaran jelas software ni camana maka bolehlah lihat video yang aku tempek kat bawah ni.Hohoho.. Sekian.Gambar di atas baru hasil Part 1, part-part yang lain akan menyusul kemudian bila mana aku rasa nak melukis la haha…

Dapatkan update percuma, masukkan email, jangan risau aku anti spam

  • akubiomed January 13, 2012, 12:03 pm

    Memang hebab Stylus dan Apps yang digunakan. Fungsi yang tidak pernah terfikir pada suatu ketika dahulu. :-)

    Reply
    • aimannajmy January 27, 2012, 2:08 am

      dahulu steve job sangat benci pada penggunaan stylus hehe

      Reply
      • akubiomed January 27, 2012, 2:20 am

        Memang betul Steve Jobs tidak suka dengan pengunaan stylus.

        Reply
  • shraqs January 17, 2012, 9:29 am

    Kalau ngan GNote akan dpt hasil lebih bagus nih kot. Bakat dah ada

    Reply
    • aimannajmy January 27, 2012, 2:05 am

      hehe dulu dah berbelah bahagi nak amik note ke atau S2… last S2 gak jadi pilihan sebab salu pakai jeans hehe

      Reply
  • shafaric January 17, 2012, 3:06 pm

    Fuhh .. Tak lama lagi pelukis professional pun melukis guna pc je. Tak laku la kertas lukisan pas ni..

    Reply
    • aimannajmy January 27, 2012, 2:05 am

      hehe jimat kertas lukisan, maka environment akan lebih banyak

      Reply
  • suri January 17, 2012, 3:34 pm

    salam aiman ..wak sihat tak?

    cmne rdg studio hee ada baik ker?

    best lukis pakai aplikasi tu..kita tgok dri sni jelah ye heee

    Reply
    • aimannajmy January 27, 2012, 2:04 am

      wsslm hehe.. sihat je, studio dah siap sepenuhnya.. tunggu nanti akan ada update pasal studio

      Reply
  • suri January 17, 2012, 3:34 pm

    mak cik jual nasi lemak asal bibir dia juih st hik..hik..

    Reply
    • aimannajmy January 27, 2012, 2:03 am

      heheh terover pulak outline bibirnya huhu

      Reply
  • suri January 17, 2012, 3:35 pm

    alah.napa pic sya tak der huhu…nak megamok nih >____<

    Reply
    • aimannajmy January 27, 2012, 2:02 am

      hehe nanti sy lukis muka suri k hehe.. sabaq2 hehe

      Reply
  • dnoBiz January 17, 2012, 10:47 pm

    memang bakt terpendam ni bro.. jangan sia siakan…
    sekarang kartunis pun boleh buat duit oo….

    Reply
    • hafizmd January 18, 2012, 1:09 am

      Setuju tu bro dno. Ada bakat budak ni. Anak sapalah ni. Pandai melukis

      Reply
      • aimannajmy January 27, 2012, 1:58 am

        hehe yakaaa biasa2 saja ni… anak pak bukhari hehe

        Reply
    • aimannajmy January 27, 2012, 2:00 am

      hehe taktau nak cari platform katna nak berkarya, belum ada rezeki kot hehe

      Reply
  • hafizmd January 18, 2012, 1:07 am

    As salam Bro,

    Lama tak singgah sini =)

    Mmg bro ni ada bakat besarlah. Mmg bleh pergi jauh dalam bab2 seni ni.

    Cantik tu lukis. Wlau bro kate payah, tp aku tgk ok jer. Cantik. Aku suka makcik yg jual nasi lemak tuh.

    Kalau aku, mmg fail bab2 lukis ni. Tak pernah dapat tampal apa2 lukisan kat belakang kelas…hadoilah…

    Reply
    • aimannajmy January 27, 2012, 1:59 am

      wsslm… hehe, nasi lemak makcik ni memang tip top mantop meletopp! pagi2 kena beratur hehe

      Reply
  • ohcikgu January 18, 2012, 4:01 am

    saya memang tak pandai melukis. hehe..

    Reply
    • aimannajmy January 27, 2012, 1:57 am

      mewarna? tipu lah kalo mewarna pun tak pandai hehe

      Reply
  • titan January 19, 2012, 3:19 am

    makcik jual nasi lemak pun ada.? haha..

    Reply
    • aimannajmy January 27, 2012, 1:56 am

      haha sedap bro nasi lemak dia

      Reply
  • Juan January 19, 2012, 3:47 am

    entry ko ni buat aku rasa nak buat entry mcm ni jgk, aku pon dah lama x melukis, ni yg rasa mengidam nak pegang pencil nih, hehehe

    Reply
  • hatiputera January 19, 2012, 3:52 pm

    wow,,hebatnya,,,tak pernah guna application tu,,,lawa jugak tu

    Reply
    • aimannajmy January 27, 2012, 1:55 am

      thanks hati putera kerana sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini… hehe biasa2 saja, dah lama tak melukis

      Reply

Leave a Comment

about

Objektif blog ini menceritakan segala yang aku obses.Terutama dunia internet marketing dan juga penciptaan seni lagu dan muzik serta melukis komik.Selain itu ianya bercampur aduk dengan segala apa yang aku rasa nak tulis.