≡ Menu

Salam semua yaa kepada pembaca tegar aimannajmy dot com.Hujung minggu datang lagi.. sempena cuti Maulidur Rasul anda semua tidak merancang kah untuk berjalan-jalan membawa keluarga di samping hati dan jiwa tetapi berselewat kepada Rasulullah S.A.W.So entri kali ni aku nak bercerita port makan best kat area bandar sungai petani iaitu Restoren Hotmas.Restoren ni terletak di area kawasan lagenda heights dan bagi mereka yang ingin cuba merasai makanan yang disediakan di restoren ini maka perlulah datang awal.Selalunya kalo datang pukul 8 malam yakni waktu prime time memang ya amat ramai orang.So kalo malas nak menunggu giliran nak duduk dekat meja yang penuh maka perlulah datang awal sikit dalam kot lerah pukul 5-6 petang ka.

So macam biasa bagi mereka yang mungkin blur-blur atau pun baru first time mai SP maka sedikit panduan aku berikan untuk sampai ke restoren ini.Selepas keluar saja exit tol Sungai Petani utara maka anda perlu amik kiri dan straight sampailah anda akan melalui Tesco yang mana anda akan perasan belah kiri anda, maka straight saja lagi sampai lah ke traffik light yang sebelahnya terletak bangunan PPD (pejabat pendidikan daerah).Maka dari traffic light itu anda hanya perlu amik ke kanan (anda juga akan notice kedai kain alamoda).Maka straight saja dan anda perlu take alert restoren ini sebelah kiri anda.

So apa yang bestnya restoren ni.Aku sebenarnya baru ja sekali singgah sini.Sebabnya asal aku lalu saja penuh (orang ramai meja occupied).Lalu saja penuh huhu! So takdak mood nak singgah.So tiba-tiba aku berkesempatan singgah dan orang tak bapa ramai dan mula nak ramai maka aku pun terus terfikir nak buat entri pasai restoren ini hehe! Standard masakan adalah masakan thai, goreng-goreng dan juga ada yang lain-lain (tak ingat) tapi yang special adalah Western Food.Sebab ramai yang mai nak pekena western food (dari pandangan aku usya keliling meja hehe).

Time aku mai ngan member aku (si arn dan mat) orang dah mula nak penuh.Dari segi order dan servis memang cepat sampai.Takla tertunggu-tunggu sangat.So juadah apakah yang kami layan dan sentap tak ingat makan? Hohoho.. tengok saja gambaq di bawah hehe…. Jangan telioq sudah noh! Huhuhu…..

Tengah tunggu order..masing-masing tak sabaq dan habiskan masa menunggu dengan bermain “Cut The Rope” (android game), sebab nanti ada benda yang nak ‘cut’ hehe..

Yaa sudah sampai lamb grill dan kat atas tu beef grill… eh jap aku konpius lak grill ngan steak, huhu err whatever ampa teka la sendiri hoho..

Beef + chicken grill beserta ayaq epal huhu…

Haaa yang ni aku order.. Mix Grill iaitu Beef + Lamb + Chicken + Hotdog huhu…

Yearghh jum melahaq makan.. sos lada hitam pulak cecah pergh terangkat hehe..

So next time mai aku ingat nak pekena chicken chop pulak… ohh yaa harga setiap grill lebih kurang RM 10 ke atas huhu.. aku tak ingat exactly bapa ringgit tapi aku yang paling mahai hehe.. mixed grill hoho! Dari segi rasa ini sangat kompleks untuk diterangkan kerana bergantung kepada lidah masing-masing.Tapi bagi aku 3 out of 5 hehe.. aku cukup lemah bab-bab potong daging ni dan juga bab mengunyah daging yang liat hoho.. lenguh mulut huhu.. dah tu aku bab makan daging kambing ni kurang sikit, gigih pi amik gak sebab nak try hehe..So ada banyak lagi jenis makanan yang aku belum try dan akan diupdate nanti. Sekian.

Info tambahan : untuk tempahan meja/makanan sila hubungi 0134468414

Dapatkan update percuma, masukkan email, jangan risau aku anti spam

  • akubiomed February 6, 2012, 4:13 pm

    Woo, makan menu Western. kena sebut Yehaa…ala-ala koboi sedikit. :-)

    Reply
    • aimannajmy February 14, 2012, 11:16 pm

      Haha tak sempat nak sebut yeehaaa makan daging kambing akan cepat terasa penin hehe

      Reply

Leave a Comment

about

Objektif blog ini menceritakan segala yang aku obses.Terutama dunia internet marketing dan juga penciptaan seni lagu dan muzik serta melukis komik.Selain itu ianya bercampur aduk dengan segala apa yang aku rasa nak tulis.