≡ Menu

Kolam Panas
Salam semua kepada pembaca setia aimannajmy dot com.Akhirnya dapat juga berblogging setelah masalah server telah berjaya diatasi oleh pihak hosting.Orang yang dah biasa berblogging cam aku ni kalo dah lama sangat tak update rasa cam gatal ja tangan nak menaip hehe.So baru-baru ni aku berpeluang berkunjung ke Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong yang terletak di Baling, Kedah.Apa yang bestnya tempat ni? Dah nama pun air panas hehe so men ngan ayaq panas la tui dak hehe.Dalam versi mat salleh Ulu Legong Hot Spring.So sebab pa ayaq panas.. alamak ni satgi kena bukak kelas geografi kalo nak terang detail haha.Apa kata ampa Google ja camana Hot Spring ni terjadi hehe.

Perjalanan ke Ulu Legong Baling ni memang agak jauh.Hampir 2 jam kalo dari Bedong dan sejam lebih la kalo dari Sungai Petani.Memang jauh dan bukannya lalu highway yek.Hanya jalan-jalan kampung.Camana nak pi aku takleh la explain dengan detail sebab bukan aku yang driving huhu.Member aku si Min yang bawak keta ni pun sampai tersesat pi jalan yang agak jauh.Banyak jalan sebenarnya.Melalui Kuala Ketil boleh, melalui Gurun boleh, melalui bandar Amanjaya pun boleh dan banyak jalan lah, follow ja signboard Baling.Mengikut kata orang lama, jalan shortcut melalui Teloi lagi cepat.Si Min (driver) pegi melalui Gurun, jalan ni agak jauh.Terasa sungguh jauh.Nak buat hati kering ke jalan shortcut satgi lagi sesat naya huhu.

Kami bertolak pun dah agak lambat.Kul 2 pagi camtu baru gerak dari Bedong.Turut sama pi famili si Min.Sebelum tu buat pengetahuan semua pusat rekreasi ni dibuka 24 jam yek.Tak salah satu-satunya Pusat Rekreasi Air Panas yang dibuka 24 jam dan adanya kemudahan penginapan dan lain-lain.Memang waktu terbaik nak pegi adalah time malam, dan standard memang tengah-tengah malam buta kui 12 malam ke atas baru orang pi.Gila baq ang sapa nak mandi siang-siang haha..terbakaq kulit kot hahaha.Siang-siang maybe boleh jungle trekking, atau merentasi Lata Gading atau Lata Parit.Aku penah mai dah dulu, kalo pukui 3-4 pagi tu mak aiih memang macam siang.Ramai sungguh manusia, kadang-kadang tu terpaksa mampu rendam kaki ja hehe.Apa-apa pun kami mai time bukan waktu cuti sekolah so takla ramai pun.Bayaran masuk sorang 4 ringgit dan kanak2 2 ringgit

So bagaimana keadaan dalam Pusat Rekreasi Air Panas? Apa kata ampa tengok ja video kat bawah ni huhu.Nak explain panjang bejela kang nak taip hehe.

Haha dalam video kat atas aku dah cuba semua kolam yang disediakan.Mengikut kepanasan boleh ditakrifkan sebagai dari kolam no 1 hinggalah no 4 ( sila tengok video untuk rujukan).Kolam no 1 kalo ampa iron man takpun spesis kulit boya maka bolehlah try mandi haha.Kolam no 1 paling panas ya amat.Sebab tu depa buh pagaq la ni.Dulu aku mai dalam 2 tahun lepas takdak pagar lagi.Mungkin nak elak budak-budak terjatuh dalam kolam tu kot.Mau merah kulit kalo pi rendam.Paling tak panas sekali no 4 la kot.Kolam untuk budak-budak.Bagi aku nak mandi ni kena start dari kaki.Taktau la kalo ampa otai tahap gaban boleh le terjun terus haha.So dari kaki slow2 turun sampai lah ke kepala.Paling cabaran sekali bila mana air mau sampai kat part kemaluan haha.Gila rasa macam tadak pa hahaha! Pastu dah lama body pun dah leh adapt maka tak terasa panas dah huhu!
kolam berpagar
So elok ke mandi air panas huhu.Menurut kata orang lama memang baguih la mandi dari ayaq yang keluaq dari perut bumi ni.Especially bila mana pi berendam kat bahagian tapak kaki tu.Bagus untuk kebaikan refleksologi lelaki mahupun wanita.Tetapi tak elok kalo mandi selalu atau kerap-kerap sangat.Tapi aku tak sempat mencuba kolam no 1 sebelum ianya dipagarkan huhu! Ingat nak buat otai la pi berendam pastu naik balik (sela masa 1-2 second huhu) Si min penah la try.. hanya sela masa 1-2 second ja mampu bertahan.. haha. Memang menipu lah kalo sapa boleh rendam lama-lama.Taktau la kot penduduk Baling yang dah biasa hari-hari pegi dah cuba rendam paling koman 1 minit hehe.

refleksologi

Maka bolehlah anda bawak famili mandi manda kat sini.Oh lupa nak bagitahu.Selain kolam air panas.. kawasan rekreasi air lain cam Air Terjun Lata Bayu dan Air Terjun Lata Bukit Hijau juga terletak berdekatan dengan Ulu Legong.Berdekatan means bukan boleh jalan kaki sahaja dah boleh sampai, kena naik transport lah untuk sampai dalam 10-15 minit camtu hehe.Dan satu ja aku nak pesan.. lepas mandi konpem akan jadi lapaq gila huhu..taktau pasai pa maybe sebab lemak dibakaq kot huhu… so nak save bawaklah makanan sendiri atau beli ja kat gerai-gerai yang disediakan di luar dan dalam pusat rekreasi.Tak caya ampa try la nanti, pas berendam dalam sengah jam ka, tudia tiba-tiba rasa lapaq hhuhu dan juga anda akan rasa cam badan jadi ringan.Pas mandi anda boleh la pulak neutralkan balik dengan mandi air pancutan air bukit yang disediakan berdekatan kolam.Layan oOo mandi ayaq bukit, sejuk dia len sikit hehe.

Selamat Datang

Papan Tanda

Jangan Men Mercun

Akhir kata.. jangan cuba-cuba buat pandai nak bawak shampoo, sabun, takpun berus gigi.Tak pasai-pasai kang kena halau hahahaha.Ni bukan private swimming pool takpun  mandi air laut haha.Bagi aku, Pusat Rekreasi Air Panas Ulu Legong memang tempat terbaek untuk rekreasi bersama famili disamping dapat menjalankan aktiviti refleksologi demi untuk kesihatan yang lebih baik.Cuma destinasinya agak jauh dan kalo tak biasa boleh sesat huhu..sekarang zaman dah canggih so better use GPS je untuk kesenangan, takpun lantik copilot yang bertauliah kat sebelah ketika memandu hehe.


Dapatkan update percuma, masukkan email, jangan risau aku anti spam

  • akubiomed September 25, 2011, 7:05 pm

    Aiks ada orang main mercun ke tempat tuh :-) Saya dengan air panas bagus untuk rawatan yang berkaitan sakit kulit

    Reply
    • aimannajmy September 30, 2011, 2:28 am

      hehe musim raya lum habis lagi kot… macam2 khasiat kalo dengar, taktau le pulak ada prove ke idak

      Reply

Leave a Comment

about

Objektif blog ini menceritakan segala yang aku obses.Terutama dunia internet marketing dan juga penciptaan seni lagu dan muzik serta melukis komik.Selain itu ianya bercampur aduk dengan segala apa yang aku rasa nak tulis.