≡ Menu

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Baru-baru ni iaitu cuti weekend aritu aku berkesempatan berkunjung ke Jeti Semeling.Tak jauh pun dari rumah aku.Kira-kira 15-20 minit saja sampai lah.Jeti semeling adalah kawasan peranginan atau pun port untuk lepak-lepak amik angin laut eh laut pulak.Angin sungai le lebey kurang hehe..muara sungai yang menuju ke laut hehe.

Tempat ini sangat sesuai untuk membawa keluarga bersiar-siar atau pun kepada pasangan bercinta di sinilah tempat berjanji bersumpah setia langit bulan dan bintang huhu..Kebetulan masa aku datang ke sini musim cuti sekolah pulak.Maka ramai sungguh pengunjung dan juga pasangan pengantin yang mengambil gambar perkahwinan.Dah tau dah.. sapa-sapa orang Sg Petani atau Bedong atau Semeling atau kawasan berdekatan Jeti Semeling ni maka tempat ni lahhh depa nak abadikan gambar perkahwinan hehe..

Bagi orang luar yang berkeinginan untuk berkunjung ke Jeti Semeling maka bolehlah berbuat demikian pada bila-bila masa dan tanpa sebarang bayaran.. Lepak-lepak ditemani angin sepoi-sepoi bahasa.Freelance komposer macam aku ni memang sangat sesuai nak lepak sini amik ilham material terbaru hehe.. dan tempat ni sangat perfect untuk mereka yang mendambakan kedamaian hehe.. Dan kepada kaki-kaki DLSR.. Yeahh! Sini port terbaek anda.. Highly suggested by me.. confirm no regret! huhu..

So melalui dari highway plus utara selatan.. tak kisah sama ada dari utara atau pun selatan.. anda boleh keluar melalui susur keluar Sungai Petani utara ataupun susur keluar Sungai Petani selatan.Boleh pilih mana-mana exit.So kalo dari exit Sungai Petani utara maka selepas ja bayar tol maka anda hanya perlu go straight sahaja don’t belok-belok hehe.. sampai saja traffik light yang ketiga maka turn right.. so nanti akan jumpa signboard.Kalau dari exit Sungai Petani selatan pun lebih kurang sama hehe.. lepas tol straight saja pastu nanti akan ada sign board ke kanan untuk semeling.Tengok signboard hehe..tak sesat punyalah

Selain itu kawasan sekitar ini juga terdapat Galeri Sejarah, Galeri Biodiversiti, Auditorium, Restoren 8 beradik dan lain-lain gerai minum serta Dewan dan macam-macam lagilah kemudahan.So kawasan ni memang dipantau dan dijaga dengan elok.Kawasan ni rasanya takleh nak memancing.Tapi kadang-kadang aku nampak jugak illegally orang mancing.Kena tangkap kalu pandai-pandai lah noh berjawab.

Kalo time weekend memang orang sungguh ramai tambahan lagi kalo musim cuti sekolah.Jeti Semeling ni dahulu penah dijadikan pelabuhan feri untuk ke Pulau Langkawi.Ada la aku dengar 2-3 trip pastu tengok-tengok dah cancel aku pun taktau pasai pa.. Kalo tak senang le aku nak pi Langkawi..takyah dah nak pegi sampai ke Kuala Kedah atau Kuala Perlis.Naik dari sini je.. dekat pun dekat dari umah aku hehe.. Aku pun taktau kenapa projek pelabuhan tu tak jadi.. maybe sebab ekosistem dia tak kena kot kalo nak bina kemudahan pelabuhan feri

Selain itu berhampiran jeti semeling terdapatnya Jambatan Semeling yang mana ianya menghubungkan di antara Semeling dan Sungai Petani (Sungai Layar pun boleh).So orang-orang belah Semeling, Merbok, Bedong atau kawasan sekitarnya ada jalan pintas ke Sungai Petani melalui jambatan ini.Satu kemudahan supaya orang-orang Semeling tak payah pusing jauh untuk ke Bandar Sungai Petani.Jalan shortcut saja.

Dahulunya masa aku sekolah menengah..aku lalu jambatan inilah untuk pergi tuisyen hehe..Boleh kata dekat atau pun nak lari dari kesibukan jalan biasa untuk ke bandar Sungai Petani.Masa tu jalan lencongan barat tak siap lagi.So kena melalui pekan Semeling dulu sebelum ke jambatan ini.Banyak kenangan sebenarnya Jambatan Semeling ni ish ish.. kalo singkap balik mesti sedih.

So entri ni akan bersambung di part yang seterusnya.. nantikan…untuk mendapat gambaran kawasan di sekitar Jeti Semeling, sila HAYATI VIDEO DI BAWAH..

Dapatkan update percuma, masukkan email, jangan risau aku anti spam

  • zik March 17, 2011, 10:45 pm

    est betul ha kau bro.. weekend jer dapat gie jalan2… erm. aku kena buat jugak nie.. tapi tunggulah.. budget overdose nie.. huhu

    Reply
    • aimannajmy March 20, 2011, 10:02 pm

      hehe expose la tmpt berdekatan dengan umah ang ja dah la…okeh pa…sekitar muar ada pa tmpt best hehe..terign gak nak tau hehe

      Reply
  • dnoBiz March 18, 2011, 1:46 am

    bertuah kau bro time hari minggu sempat g jejalan..,
    aku pun nak buat satu public holiday untuk aku :D

    Reply
    • aimannajmy March 20, 2011, 10:04 pm

      hehehe..sempoi.pastu nnt expose kat blog..boleh gak tau..apa yg berlaku kat kawasan sekitar tmpt ko

      Reply
  • hafizmd March 18, 2011, 3:20 pm

    mantaplah bro..macam video jalan2 makan angin ni…mantap2.. :D

    siap ada pengantin buat shooting lagi tuh..mesti popular tempat ni..

    p/s – kalau berpeluang, nk juga singgah sini..insyaAllah

    Reply
    • aimannajmy March 20, 2011, 10:06 pm

      tempat ni sangat popular untuk shoott wedding..tambah2 lagi kalo musim cuti sekolah… bilangan kapel sungguh ramai… mai la singgah kalo ada kesempatan.. bawak keluarga berjalan-jalan

      Reply
  • Budak Melayu Hebat March 18, 2011, 5:01 pm

    erm… nak g jalan2 jugak… tp budget hujung2 sem nie… x mengizinkan… lagi pulak tu lepas ni dah nk kena buat model utk projek… semua benda nak kena guna duit… :-)

    cuti sem nanti, cari kerja part time. Boleh buat modal utk blogging and duit minyak kereta utk sem depan. Ada duit minyak boleh la jalan2 :-D

    Reply
    • aimannajmy March 20, 2011, 10:08 pm

      hehe bagus2..berjimat untuk pelajaran..tu yang sebetulnya..kebanyakan student pantang ada duit.. ada je benda tak penting nak beli.. bila dijangka grad?

      Reply
  • klcitizen March 18, 2011, 7:18 pm

    cantik gambar kaki langit dlm video tu

    Reply
    • aimannajmy March 20, 2011, 10:09 pm

      beautiful scenery… memang sangat ideal untuk merakamkan detik2 indah disini

      Reply
  • Ali ridha March 18, 2011, 9:25 pm

    gambar tu saiz besar la.
    internet ni lambat pula
    nak memuat.

    Reply
    • aimannajmy March 20, 2011, 10:10 pm

      ooh yaka…biaq betik aku dah pekecik abih dah tu…kalo nk pekecik lagi tak cantek le pulok nanti huhu

      Reply
  • akubiomed March 19, 2011, 12:42 am

    Cantik rumah banglo didalam entri tentu pemiliknya orang kaya bina rumah hebat

    Reply
    • aimannajmy March 20, 2011, 10:14 pm

      rumah banglo? hehe galeri kot tuh rasanya

      Reply
  • tengkorak emas March 19, 2011, 7:08 pm

    teringat kg aku di sarawak bro, dekat dgn jeti juga, tapi takla lawa mcm tempat ni,

    cuma banyak bot penambang je he

    Reply
    • aimannajmy March 20, 2011, 10:15 pm

      ooh yeke hehe wah best tuh..kongsi la gambar panorama die camne.. ni mesti dah salu nek bot kan huhu

      Reply
  • Sir Marcello March 20, 2011, 2:25 am

    macam pernah dengar jeti kuala semeling nie masa study kat utara dulu…
    hurm…banyak tempat makan yang sedap2 tak kat situ?

    Reply
    • suri March 20, 2011, 5:33 pm

      ada tak org mancing kat titi tu?

      Reply
      • aimannajmy March 20, 2011, 10:17 pm

        ada tapi secara haram la huhu

        Reply
    • aimannajmy March 20, 2011, 10:16 pm

      ada best2 gak..restoren 8 beradik.. kalo singgah nanti boleh cuba

      Reply
  • suri March 20, 2011, 5:27 pm

    indahnya suasana laut..ada sampan lagi heee..

    Reply
    • aimannajmy March 20, 2011, 10:16 pm

      hehe ni bukan laut..tapi sungai hehe

      Reply
  • akuchey March 20, 2011, 7:01 pm

    thank.tak pernah tau lak kt semeling ada jeti macma tu.lama dah tak pergi semeling.kalau nak p ke tanjung dawai biasa lalu kot situ la.

    Reply
    • aimannajmy March 20, 2011, 10:20 pm

      thanks akuchey kerana sudi berkunjung ke blog yang tak seberapa ini huhu.. aah boleh ja lalu kot sini.. singgah le kalo ada masa..dah banyak berubah kawasan ni

      Reply
  • Ladfe Amir March 23, 2011, 5:50 pm

    time balik rumah mertua pun aku akan bawak anak aku pegi pantai yg rupanya sama lebih kurang ngan pantai semeling tu.

    masa air surut mmg best.dapat cari lala dan kerang

    Reply
    • aimannajmy March 24, 2011, 5:01 pm

      ooh yaka syok tu buat masak lemak pulak hehe..kat mana area mana pantai tu

      Reply
      • Ladfe Amir March 28, 2011, 3:07 am

        pantai tu kat area sabak bernam. namanya pantai bagai nakhoda omar.
        mee udang kat sini mmg ramai org

        Reply
        • aimannajmy March 29, 2011, 10:13 pm

          wahhh nama dasat sungguh.. camana nak try pegi usya2 je amik gmbar dan video hehe

          Reply
  • Miss A.T March 28, 2011, 10:04 pm

    boleh dikatakan tiap2 minggu, saya lalu tapi xpenah singgah…

    Reply

Leave a Comment

about

Objektif blog ini menceritakan segala yang aku obses.Terutama dunia internet marketing dan juga penciptaan seni lagu dan muzik serta melukis komik.Selain itu ianya bercampur aduk dengan segala apa yang aku rasa nak tulis.