Gathering Budak Bedong Ramadhan 2010 part 1
Salam semua dan selamat berpuasa kepada pembaca aimannajmy dot com.Semoga kita menjalankan ibadah dengan penuh ketakwaan lebih-lebih lagi melewati sepuluh malam terakhir ramadan.Ok entri mengenai gathering ni sepatutnya aku terbitkan pada minggu-minggu lepas tapi dek kerana aku terpaksa ke Johor dan KL atas urusan keluarga maka ianya dilewatkan sedikit memandangkan source infonya ada kat rumah di Bedong.Pada 20/8/10 telah berlangsung majlis berbuka puasa bersama kawan-kawan yang bersama-sama sekolah di SMK Bedong dahulu.Majlis ini anjuran saudara Mufti selaku mastermind dalam penyiapan dan tempahan meja di Restoren Sri Langkasuka Alor Setaq.
Gambar : Setelah penat mengayuh Nazeri pusing AS, aku dan Nazeri bergambar kenang-kenangan di pekarangan restoren sementara menunggu kawan-kawan lain tiba
Sepatutnya gathering ini dianjurkan oleh saudara Ahmad Firdaus a.k.a mat.Tapi entah mengapa segala perancangan tidak menjadi dan akhirnya dapat juga disempurnakan oleh saudara Mufti a.k.a Mutt untuk mengumpul kengkawan sekolah dalam satu masa bersama-sama menikmati juadah berbuka puasa di samping bertanya khabar masing-masing.Apa yang aku harap di masa akan datang ramai lagi dapat join disamping boleh diadakan aktiviti sampingan seperti berlari dalam guni ka, bawak dengan mulut bola pinpong dalam sudu ka atau aktiviti menarik lain yang difikirkan sesuai.Apa-apa pun majlis pengumpulan rakan-rakan sekolah ini dikira berjaya dan mampu mengeratkan silaturahim setelah lama terpisah.
Aturcara perjalanan dimulakan dengan aku menumpang kereta Haslizawati bersama BalQis a.k.a chaQ menuju ke destinasi kami di restoren tersebut.Maka dengan gaya seorang minah rempit cik hasliza memecut tak hingat sampai aku kat belakang pun terpaksa pegang holder kat atas sisi pintu kereta untuk mengelakkan terhuyung hayang hoho.Sampai ja di sana hanya kami bertiga, nazeri dan pasangan sahaja yang sudah sampai.Manakala yang lain masih lagi dalam perjalanan.Selepas setengah jam barulah muncul bassist sayugia iaitu Arn,Ila Ilani, vokalis asal Mutt,Nurul Hidayatul, Nizam dan imah.Dan tanpa berlengah kami 13 orang ke semuanya terus ke meja makan untuk meninjau lauk.
Apakah lauk-lauknya? Bagaimana suasana ketika berbuka? Apa pendapat aku tentang Restoren ini (yang memang ramai tak hengat!). Nantikan bahagian ke 2.Ok lets the video below speak for a while
Facebook comments:











la man… takkan video tunggu member2 je? mana part makan2nya…
tunggu part 2 hehe.. ada sedikit selingan lauk pauk hehe
wah … tunggu part lauk pauk jer boss tuh…hihi
hahaha tgk la badan boss camana..tank besaq hahah
Kayuh2 beca, singgahlah rumah ku.. hehe..
hehe boleh ja kalo da kesemptan..ang penah p ka restoren ni
Pernah dgr, tp tak ingat kt na.. kalau tgk gmbr, rsnya boleh cam.. hehe.
p.s: best lagu tu, nak boleh?
hehe amik ja..link download ada kat sebelah widget ni hehe…dah lama aku tak cipta lagu…nk kena kembali blik ke arena penciptaan lagu ni huhu
lorh…rupanya orang bedong..dok bedong tang mana tu?spesifik skit..kalau balik kampung bleh la lepak2 sekali (kampung kat guaq)
lagu best ja…hehe..bleh dah jadi artis
Taman Bedong…ang tau kan.heheh.ang blk kg abaq la k…leh kt lpk2 sembang pasai blogging..lagu best? tq hehe
tau..insyaAllah..buat masa la ni tak berapa kerap nak berjalan sgt sebab sll balik kampung pun dok kat hospital n teman mak p berubat..ada masa insyaAllah akan roger
wokeh pa2 abaq la noh..antaq msg sehari sebelum ka gu mana ka…mak ang sakit pa?? semoga cpt sembuh
orait bro..tadak hal..mak aku sakit buah pinggang kronik..dah dok buat dialisis pun dok asik kuar masuk hospital lagi..rezeki dia
Taman Bedong…ang tau kan.heheh.ang blk kg abaq la k…leh kt lpk2 sembang pasai blogging..lagu best? tq hehe
[...] dan kesyukuran.Ok entri kali ni adalah kesinambungan pada part 1 dahulu..anda boleh baca kat sini. Apa pendapat aku tentang restoren ini? Truly said or frankly speaking~ rate yang aku boleh 3 out 5 [...]