Berbuka Puasa di Restoren Bawal

Salam semua dan selamat berpuasa kepada pembaca aimannajmy dot com.Di kala kekerapan cuaca yang agak mendung dan suasana agak nyaman dan sejuk di waktu bulan puasa ini, aktiviti aku apa lagi tidoq la (sila jangan contohi aku).Tiba-tiba tengah sedap tidoq.. handset berbunyi.Aku pun angkat..kedengaran seorang insan sound “WOI TIDOQ APA JUM PI BUKAK POSA!” erkkhhh!! selamat si Min (bestfren aku time high school sampai sekarang) tepon aku.. kalo tak dah lelap aku sampai time berbuka huhu!
Kepada Min yang mungkin baca entri aku ni…aku nak ucapkan thanks bro! kerana selama ni dok ajak aku bukak posa kat rumah hang.. terharu! huhu… Kalo tak aku dok berbuka lonely je kat umah bertemankan ‘kipas sauna’ hahaha.So si Min ni tiba-tiba ajak aku berbuka dengan geng-geng dia kat Padang Temusu.Aku sebenarnya tak rapat sangat dengan kengkawan si Min ni.. kenal-kenal camtu ja.Tapi takpalah aku join juga hehe ramaikan kenalan selain tu dapat test restoren yang aku tak penah test lagi iaitu Restoren Bawal.
Gambar : Bazaar Ramadhan Taman Sejati Sungai Petani
So sebelum berangkat ke Restoren Bawal ni, kami singgah dulu bazaar ramadhan Taman Sejati Sungai Petani Selatan (bagi yang mungkin taktau huhu).Bazaar ni agak panjang la deretan gerainya.Tapi takleh celen la dengan bazaar Taman Ria.. tu lagi dasat panjangnya.Cam besa la kuih wajib beli popia.. tudia berjenis-jenis popia.. standard 5 dua ringgit.Aku dok pi merata dah kat Sg Petani ni.Kebanyakan jual 5 dua ringgit.Ada yang sedap, ada yang besa-besa ja.Biasalah, depa time bulan posa ni baru nampak jual kuih popia.So tak specialist cam tempat-tempat lain.
Gambar : Jam ketika ini sudah pukul 7 dan orang ramai mulai surut membeli juadah
Abih ja beli kuih muih dan apa segala yang patut termasuklah aku beli siap-siap makanan untuk soq maka kami terus bergegas ke Padang Temusu lokasi bagi berbuka puasa iaitu di Restoren Bawal.Bagi sapa-sapa yang mungkin taktau kawasan ni kat mana.Senang je.Naik highway Plus utara-selatan pastu exit Sungai Petani Selatan.Pastu kuar exit straight je dan sila belok ke kiri pada traffic light yang kedua (akan nampak pasaraya Giant kat traffik light tu).Kalo traffic yang pertama tu pergi Taman Sejati.Dah belok kiri maka straight je lah.. maka akan lalu Tikam Batu, maka seterusnya sila jalan straight lagi sampai nampak kedainya belah kiri jalan anda.Slow sikitlah bawak kalo taknak terlepas.
Gambar : Si min (pakai topi) paling tak sabaq sekali terus meluru masuk ke restoren.. rilek la beb aku pun lapaq gak haha!
So apa juadah special restoren ni.Dah nama pun Restoren Bawal konpem le lauk specialnya ikan bawal tul tak hehe.Selain tu ada la jugak makanan dan menu-menu lain.So apa kata lihat gambar kat bawah untuk dapatkan gambaran lebih jelas juadah apa yang dihidangkan di restoren ni.. mana tau nanti ampa nak test bawak famili mai makan bukak posa kat sini.
So boleh la bajet-bajet kalo yang bujang nak makan set bawal hehe
Ada jugak pilihan yang lain selain set bawal yang mana mungkin buat anda kecur air liur hehe
Masa kami sampai order semua dah tersedia atas meja sebab salah seorang geng ni iaitu si Syaz dah tempah awai-awai.Depa cuma letak nasi je lah ngan ayaq.Lauk-lauk cam ikan goreng, asam pedas depa mai letak masa dah nak dekat berbuka.Aku nampak ramai orang restoren ni sampai full semua meja.Ada yang dah mai awai-awai.Dan ada jugak mai time dah berbuka.Dah ada jugak yang tak mai-mai langsungĀ huhu.. sampai kami dah nak balik dok nampak satuĀ meja tu takdak orang duduk pun even order semua dah tersedia atas meja.Apa ja lauk-lauk yang dihidangkan kat kami.Meh usya gambar-gambar kat bawah.
Claypot yang di dalamnya ada gulai dan asam pedas
Huhu telioq seot.. gulai ikan, asam pedas ikan pari ditambah kuih-muih yang beli kat bazaar
Saja zoom dekat-dekat.. dugaan bulan puasa huhu! (terutama kepada sesiapa yang baca entri ni time siang huhu)
Nampaknya ada tangan yang tak sabaq-sabaq nak merampas ikan bawal goreng ini secara senyap-senyap
Perghh ini terbaik beb!! Dia punya pedas sampai ke telinga.. Terlior aku dibuatnya menaip di bulan posa ni huhu!
Masing-masing menanti dengan penuh kesabaran huhu! Botol kicap di setiap meja disediakan
Ni meja sebelah kami.. ada ayaq kelapa, sotong goreng tepung dan macam-macam lagilah satgi kalo tulis ampa telioq pulak hahaha!
So pada pendapat aku.. restoren ni memang sempoilah kalo sapa yang suka makan ikan ni.Maybe ada yang dah jemu ayam nak makan ikan pulak haa meh la try restoren ni.Harga pun tak mahal mana.Berbaloilah untuk makan satu famili takpun bawak insan tersayang.Rate yang aku bagi 4 bintang dari 5 bintang.Kemudahan surau pun ada.Tempat nak parking pun ok, tak crowded.Lokasi strategik.Memandangkan kuih muih pun ada beli maka aku takla makan banyak sangat sampai tambah nasi..hehe.Dan..Memandangkan aku bersama kawan-kawan yang aku tak rapat dan tak kenal sangat.Maka aku pun terpaksa malu-malu kucing gitu mau tambah nasi hahaha! (Padahal dalam hati..erkkhh 2-3 pinggan boleh lepas ni kalo lauk sedap camni huhu)
Dalam pukul 8 suku camtu ramai yang dah pulang setelah puas meratah kerangupan ikan bawal goreng hehe.
Overall restoren ni memang tip-top dan semua meja yang full booking menunjukan restoren ni memang menjadi destinasi pengunjung untuk berbuka puasa.Bagi mereka yang berada di sekitar Kedah ataupun di mana sahaja seluruh pelusuk Malaysia boleh la cuba-cuba try masakan dari Restoren Bawal dan nilai sendiri dari segi kesedapan dan harga.Kalo tanya aku, memang aku rekomen! Dan sila tempah awal kalo nak berbuka puasa di sini takut nanti full hehe.
Facebook comments:























Salam.
bestnya nama restoran tu. restoran bawal. Kira semua ikan bawal ada kat dalam ni ke? harga dia macamana?
wah ni rushing nak promote baju kurung budak ke sampai tak baca abih blogpost ni hehe… dah terang la pasal harga semua siap ada gambar lagi huhu..
Rugi kalau bro bawa saya buat bazir current kerana tidak makanikan. Ha..ha..
Wah syok la camtu kalo bawak bro, saya sorang ja la ratah ikan, bro just tgk haha, try le sedap pe ikan huhu
bilalah nak sampai restoran ni, jauh sangat ke utara. tumpang tengok gambar je lah
hehe kalo on da way ke utara leh ja singgah cekgu hehe.. mana tau teringin nak makan ikan bawal hehe
perghh juadah berbuka yang terbaek bro
Selamat berpuasa bro! hehe kopi satu hehe
huhu..baru aje lepas sahur nih..nampak pula benda sedap. haha..
terus rase nak sahur sekali lagi yer…hehe
hahaha.. telioq ka pa lagi suruh la bini buat sambal, eh lupa bro tak kawen lagi huhu
best dpt berbuka ramai2
thanks bro kerana sudi singgah ke blog yang tak seberapa ini hehe.. aah memang best, rasa lagi cam nak tmbah nasi lagi hehe
wah…mmg kecur jugak aku tgk ni…keh3..
insyaAllah, kang kalau terlajak ke sana…lehla singgah…thanks bro
hehe singgah la memang best, ranggup tu kalo ratah camtu ja ikan ni.. kriuk kriuk bunyi hehe
Waduh, silap time la baca tengahari buta ni…ha3
hahaha jaga2 jai, jangan satg takleh tahan terus gi cari bawal masak sambal lak hohoho
Xpe, iman aku kuat dan teguh birdiri nih,..ha3
wah, sedap je tgk gambar2 kat atas tu.. kt penang pun de gak bawal goreng ni, tapi bulan posa xtau la bukak ke tidak..
hhee pa lagi masak la untuk famili hehe…ooh yaka kat penang area mana boleh la nk pi try nnt hehe