≡ Menu

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com..Sedar tak sedar sudah 10 hari lamanya blog ini tak berupdate…huhu cam biasa lah alasan aku adalah BZ.Pastu tetiba ada perkara yang aku terpaksa luangkan masa untuk study…dengan keadaan otak aku tersangatlah karatnya sebab lama tak servis maka semua pembacaan jadi lembap atau lampi nak paham hoho…ok Stop bab tuh….Minggu lepas dan minggu ini iaitu pada hari Jumaat malam setiap minggu tu aku berkesempatan berkunjung atau pun jalan-jalan cari barang di SP Walk ( Sungai Petani Walk).Ampa semua penah dengaq road walk penang sana nuh?? Haa lebey kurang depa ni adik beradik.. Kat mana SP Walk ni? sapa-sapa yang taktau atau tak pernah mai sungai petani maka SP walk terletak dekat Jalan Merbok Sungai Petani.Tapi ampa jangan dok salah sangka pulakkk…bukan Merbok kat Semeling sana nuh huhu.

SP Walk ni kiranya terletak di tengah-tengah bandaraya Sungai Petani. Dekat dengan stesen bas SP, atau  dekat dengan TM Point SP, atau dekat dengan Pejabat Pos Besar SP atau dekat dengan SMK Khir Johari atau ampa p tanya orang lahh kalau taktau nak mai gu mana atau sesat jalan nak pi hehehe.Ianya dibuka pada ari Jumaat, Sabtu dan Ahad mulai jam 10.00 malam hinggalah 2 3 pagi camtuh.Ada pa sebenaqnya barang yang juai kat SP walk ni.. Konsep atau barangan yang dijual lebey kurang cam Road Walk Penang. MACAM-MACAM ADAAAAA…..yang penting ianya bukan pasar malam yang juai segala mak nenek makanan, sayoq mayoq dan sebagainya.

Selalunya kalo nak cari t-shirt murah atau kemeja murah tapi berjenama bolehlah juga nak usya-usya kat sini selain tuh..boleh jugak kalo nak survey kelengkapan interior design dalam rumah dan juga barangan kulit serta kasut.Aku selalu kalo pergi dengan memba2 aku selalunya tempat pertama yang dituju adalah gerai Hot Wheels.Ada 2 gerai yang menawarkan pelbagai pilihan dan variety jenis hot wheel dan standard harga 3 biji sepuluh rinngit.Kalo rare item leh mencecah 30 ke 40 ringgit sebijik..Aku taklah hardcore sangat kumpui2 hot wheel ni tapi nindia memba aku si arn (bassist sayugia) memang pengumpul tegar Hot Wheel.Aku kalo nak beli pun tengok jenis hotwheel yang memberikan nilai klasik dan mampu mengembalikan nostalgia time zaman kanak-kanak dulu. Kalo ada kereta cam Datsun Sunny pastu kaler kuning pulak aku sanggup beli beb mahal mana pun huhu..tapi takdak huhu.

Selain dah penat cuci mata tengok hot wheel dan lain-lain pastu selalunya akan berkunjung ke gerai-gerai yang mempamerkan design-design tshirt yang agak rare..tengok2 ja..pastu usya barangan pelik-pelik cam kraftangan atau barangan klasik yang dijual oleh pakcik-pakcik yang muka cam agak ‘orang lama’ gayanya.Kat sini gak ada juai macam2 jenis kain,handbag, kasut,tudung so kalo pompuan pi rambang mata kot huhu.Bab harga cam biasalah kena pandai nego atau physco pihak lawan..cam ampa pi survey kedai A, pastu ampa jumpa kedai B lebih murah, pastu ampa perangat la kedai A kata kedai B juai murah jaa..pastu nasib baek dapatla lagi murah haha..tapi kadang-kadang kena tengok kualiti gak…rasanya tak semua barang ori…kalo ada pun 2nd hand atau third party manufacturer… kalo nak  betul2 ori baik pegi Jusco atau Supermarket mana2 huhu.

So lets these picture below tell 1000 thousand story…

Tengok dan piley mana berkenan

Aku ngan geng..yang ngah tersengih tu abg pido..dia ni navy jgan buat men2 satg dia rimbok huhu

Hi nama saya adan..sy pun tentera gak..ari2 keja saya pebaik  kapai terbang..sy mai SP Walk ni nak mai cari turbine kot la ada murah-murah..tapi hat model ja la

Awat la pakcik ni tak juai model2 klasik..cam datsun huhu

Aku bersama bassist sayugia iaitu Arn…usya toys.

Brader ni juai barangan elektronik terpakai..charger, tepon, kamera lama, dan macam2 lagi

Tu dia hardocre collector huhu..keciwa apabila model kereta kegemarannya telah disambar orang

Sambil buka dompet arn berkata… ” takpa ni nak abaq bagi ni aku banja ampa semua A balong sempoi..sebab ampa kata aku hensem dan tough so ampa nak apa abaq ja..” (belanja asamko ja pun huhu)

Si fakrul..mempamerkan gaya tough di celahan manusia yang bersesak di lorong-lorong gerai

Makk aihh dari tepi menampakkan terserlahnya muka aku cam PM Malaysia sekrang je… (bukan aku kata..orang kata huhu)

Yaaa mai beli mai….toksah dok kata banyak…beli jaaaa..sok pagi ampa bila bangun tiodq tudiaaa bekelampong toksik terjengoi kot kaki…betui pokcik tak gebang aiihh!

“Ni..bukan nak kata laa…kawan pakcik dari Vancouver US sana bok mai stok-stok ni suma…asai hat sini punya tapi depa hantaq US pastu US hantaq mai sini balik…bla bla… ” pakcik hot wheel memberikan penerangan untuk meracuni pemikiran kawanku si arn supaya membeli model  Delorean (Back to the future car). Kalo ampa tengok ada gak model kelisa..model MyVi..model kereta polis Malaysia.

Dapatkan update percuma, masukkan email, jangan risau aku anti spam

  • akubiomed November 14, 2010, 8:25 pm

    Barang-barang yang akibat banjir ada dijual pada harga diskaun tak? Saya dulu memang suka lorong kulit kat Penang. Orang tua suka mengumpul jam lama yang mana rosak dihantar baiki. Saya suka cari barang longgok reject elektronik

    Reply
    • aimannajmy November 15, 2010, 5:39 am

      barang2 banjir? ada2 baru 4 hari lepas ada lelongan kaw2 punya..kedai kain, kedai hardware, kedai barangan plastik..macam2 laa..skrng dh abih stok le kot..haa kat SP walk ni ada 2 3 gherai yang menawarkan barang longgok eletronik terpakai

      Reply
  • madlut November 14, 2010, 9:58 pm

    weyh…mesti hang kata aku murtad keda..haha, aku tak tau pun sp walk nie dok ada..lama dah ka weyh? haha

    Reply
    • aimannajmy November 15, 2010, 5:40 am

      ang biaq betui lut xtau huhu…ang dok lab jaaa…xpun mengadap buku stdy jaa..sekali sekala pi latengok dunia luaq huhu..dari taun lps lagi dh ada..

      Reply
  • tengkorak emas November 14, 2010, 11:41 pm

    die-cast model superbike takdak ka bro?

    Reply
    • aimannajmy November 15, 2010, 5:42 am

      superbike die cast? rasanya cam xdak..boleh la suggest kat pakcik tuh…pakcik tuh tiap2 mggu ada ja bnda2 baru dia letak..setakat ni dok usya-usya ada kot yang toy budak2 adala haha

      Reply
  • khairolghani November 15, 2010, 9:38 am

    lebih kurang uptown danau kota la..ok juga seklai sekala jalan2 kat tempat macam ni..sejak aku kahwin dah tak pergi tempat2 gini

    Reply
    • aimannajmy November 22, 2010, 5:34 pm

      sejak dh kawen byk bersama ank ngan istri di rumah la ye tak hehe..tggu ank dh besar leh jln bru best p jln2 hehe

      Reply
  • Bendera November 17, 2010, 5:01 pm

    beli la kereta mainan.untuk anak saudara.

    Reply
    • aimannajmy November 19, 2010, 8:57 pm

      hehe ank saudara??? dh x lrt nk beli besepah je merata2 kat umh..kat ank sdra xleh beli yg mahal…satb cpt rosak hehe

      Reply
  • zik November 18, 2010, 10:39 am

    tuh dia… hot wheel… bak satu..hehe

    Reply
    • aimannajmy November 19, 2010, 8:53 pm

      bak satu? hahaha satu 3 rinngit jaaa..xpa memba2 aku bg free ja huhu

      Reply
  • aktechpage.com December 3, 2010, 10:28 am

    SP Walk ni mcm lebih kurang mcm Pasar Borong Wakaf Che Yeh…
    Ttp Wakaf Che Yeh & Rantau Panjang adalah tmpt terbaik untukku membeli belah.

    Reply
    • aimannajmy December 6, 2010, 3:42 am

      ooh yaka seumo hidup penah g sekali ja klntn…terign nk p sana lagi..terutamanya nak cari serunding..belah kedah ni payah sikit nak jmpa huhu

      Reply

Leave a Comment

about

Objektif blog ini menceritakan segala yang aku obses.Terutama dunia internet marketing dan juga penciptaan seni lagu dan muzik serta melukis komik.Selain itu ianya bercampur aduk dengan segala apa yang aku rasa nak tulis.