≡ Menu

AMARAN : Jangan baca entri ini kalo anda bukan jenis suka dengar bebelan atau luahan perasaan seseorang.Anda mungkin akan jadi macam mamat ni yang benci dengar luahan orang.Blog aku, aku bayar hosting semua, suka hati aku nak tulis apa asalkan tak sakitkan hati sesiapa.So sesiapa yang bagi komen mengutuk atau menghina nampak sangat dia tak baca amaran awal aku ini.

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com sekalian.. nampaknya again sudah hampir 3 minggu aku tak update blog.Masa nampaknya berlalu begitu pantas dan tuntas, secara sedar tak sedar hari-hari yang berlalu aku rasakan sangatlah cepat waktunya.Pejam celik pejam celik.. eh dah 3 minggu aku tak sentuh blog personal aku ni.Dahulunya Alexa rank sangat mengejar rapat mengikuti dan sekarang kerana kekurangan update maka blog ini terus bertambah lesu dan kusam.Ditambah lagi aku kurang berkunjung ke blog orang lain atau dengan erti kata lain melakukan aktiviti blogwalking maka sudah berjuta Alexa Ranknya.Jauh di sudut hati aku sebenarnya aku nak memberikan penumpuan sepenuhnya kepada blog aku ini.. tetapi kekangan kerja lain membatasi.Aku masih lagi mencari sinar untuk memastikan apa yang aku impikan selama ini sememangnya menjadi kenyataan.

Semua orang dalam hidup ini punya impian masing-masing.Sedari kita dari kecil ibu dan ayah kita sudah tanamkan dalam diri masing-masing impian yang ingin kita kecapi bila dewasa kelak.Soalan lazim.. “Nanti besaq nak jadi paaa??” Maka kita mulalah berangan-angan berdasarkan pemerhatian di sekeliling nak jadi doktor lah, engineer lah, arkitek lah, lawyer lah pendek kata semua pekerjaan yang mencerminkan kepandaian akademik seseorang itu.

Aku ingat masa aku kecik dulu, time sekolah rendah, Cikgu tanya cita-cita nak jadi apa, aku abaq nak jadi kartunis huhu.Aku dulu sangat suka melukis dan mewarna hingga satu ketika banyak lukisan aku dipamerkan di notice board dalam kelas.Dan zaman era 90 an tu majalah Ujang cukuplah famous, time tu mana nak ada internet.Majalah kartun camtu lah jadi pilihan.So aku banyak merujuk cara melukis kartun pada komik Ujang.Kegilaan aku melukis kartun time tu sampaikan aku ada buat komik sendiri untuk kawan-kawan baca.Dan zaman era 90 an tu jugak famous dengan komik Hong kong cam Alam Perwira, Pedang Setiawan, Raja Rimba, dan lain-lain.Aku hanya follow Alam Perwira, sapa tak kenal watak Ji Fat, Duke Ji Chang, hehe dan maka lagi galaklah kegilaan aku untuk melukis.Tu belum masuk Dragon Ball lagi huhu..zaman buat sticker watak Goku dalam Mutiara Naga.

Ok stop takat tu, kang satgi aku lagi panjang bejela aku menulis haha.Kang satgi dah out of topic.So masa zaman sekolah menengah, aku punya impian dan bertukaq dah.Aku still lagi melukis dan ada jugak lah karya aku masuk majalah sekolah.Tapi aku lebih cenderung bermain alat muzik dan juga bermain papan luncur selain kerap main game PS1.Zaman era bermula sekolah menengah aku iaitu pada tahun 1998 hingga 2002 memang agak top la gak Playstation ni.Tambahan awal tahun 1998 bila mana internet time tu masih tenggelam timbul, aku pun taktau apa jadah email nak buat camana, yang aku tau pi men internet kat cc masuk Mirc pastu masuk cenel kampung ka mamak ka, pastu chat ngan sape ntah banyak yang menipu umoq jantina dan sebagainya.Time tu hanya nak syok dan tak pernah lagi impian nak jadi apa.Cuma aku ada terfikir time tu nak jadi animator dan nak masuk MMU.Minat aku cam lebih kepada graphic2 gitu.Bajet nak jadi pakar effect dan 3D animation lah kononnya.

Pastu masa zaman matrikulasi, impian aku tiba-tiba dah berubah.Maybe sebab selalu bergaul dengan budak pandai kot haha dan juga galakan pensyarah untuk menjadi seorang jurutera.Tapi still lagi aku melukis dan bermain muzik.Banyak ativiti seni berkaitan lukis-lukis ni aku join dan hampir-hampir nak bok keluaq komik ala-ala kartini lah kononnya untuk persatuan.Pastu disebabkan kesibukan belajar (konon) tak sempat siap.Cuma sempat 2-3 helai muka sahaja.Artworknya masih ada sampai sekarang aku simpan.Selepas abih ja matrik time tu aku cam berbelah bahagi nak amik engineering ka animasi, maka in the end aku decide nak amik engineering selepas berfikir arwah mak aku konpem tak setuju.So maka aku pun decide nak sambung belajar dalam bidang kejuruteraan di salah sebuah IPTA yang ada kat malaysia ni.(saja takmo abaq)

So masa zaman universiti tersangatlah banyak ceritanya….. cerita sedih, cerita gembira, cerita bangang dan kalo aku cerita mau makan 8 hari baru siap karang haha.Cuma aku sangat sedih kehilangan orang yang aku sayang iaitu mak aku ketiga aku tahun ketiga di Universiti.Aku sangatlah hilang pedoman time tu, dan juga yang peliknya bukan aku nak insaf dan belajar rajin-rajin, kehidupan aku jadi lagi jahanam ada lah kuar masuk bilik pensyarah tahan kena marah haa yang tu selalu.Tahun pertama dan kedua aku masih lagi perform dan penasihat akademik aku ada puji jugaklah..berbanding tiba-tiba aku down teruk time tahun ketiga dan keempat.Kehidupan aku time tu sebagai anak yatim piatu versi dewasa banyak disokong oleh abang-abang aku dan yang penting time tu awek aku yang banyak bagi semangat.Tapi sekarang dah ex.Dia meninggalkan aku pada tahun 2009 dengan secara tiba-tiba bila mana dia bertunang secara senyap-senyap tanpa berbincang ngan aku dulu nak clash ka, nak break off ka.Bab ni aku aku dah cerita panjang lebar dalam blog post yang lepas haha.Malas nak ulas-ulas cerita lama.

Dan aku juga time tu dah takdak desire langsung nak jadi bekerja atau nak menjadi seorang jurutera yang disegani masyarakat lah kononnya.Lantaklah apa nak jadi ngan hidup aku time tu.Aku penah pengalaman 2-3 bulan sebagai trainee engineer dan aku rasakan tak syok langsung kerjaya ni sebab hari-hari kena deal ngan mesin, handle defects lagi dan macam-macam padahal dulu aku bukan men lagi minat nak jadi engineer.Lepas mak aku meninggal aku dah jadi cam baloq, pemalas dan langsung takdak determination untuk bekerja dan diburukkan lagi pada tahun 2009 orang yang kedua yang aku sayang selepas mak aku iaitu ex awek aku tiba-tiba beralih arah, bercinta ngan orang lain dan seterusnya bertunang dan seterusnya kawen dan seterusnya aku dengar-dengar camtu dia dah ada anak.So past is past…………. selepas kejadian putus cinta lagi teruk aku jadi cam malas nak teruskan kehidupan dan bekerja normal seperti orang lain.

Maka aku dah cerita dulu dalam blogpost yang lepas-lepas, time aku tengah terawang-awang dalam kegelapan aku terjumpanya dunia yang aku rasa aku betul-betul minat dan ingin berjaya.Iaitu IM dan blogging disamping berkarya membuat lagu.Kini sedar tak sedar dah hampir 2 tahun lebih aku dalam bidang ni.Aku bermula secara serius pada sekitar bulan 10 tahun 2010.Aku rasa aku sangatlah rugi dan menyesalnya kerana selalu sangat bermain muzik tanpa memikirkan income yang aku leh dapat dari aktviti IM dan blogging.Padahal orang lain dalam masa setahun juga dah berjaya membina empayar IM dengan income 5 angka sebulan.Aku masih lagi merangkak dan terus merangkak.Target aku nak capai 5 angka entah bila boleh tercapai.

Kadang-kadang aku fikir aku mampu berjaya macam orang lain.Cam biasa  determination aku kurang dan juga perancangan juga aku kurang.Disamping itu disiplin juga sangat penting.Nak dapat tahap disiplin tu yang aku rasa sangat susah.Dengan muziknya, kadang-kadang game pun aku gila juga dok main…. dan paling penting selamat aku takdak awek.Kalo tak lagi teruk lah takleh concentrate, bukan apa bila dah ada awek nanti konpem nak kena datinglah, kena bagi komitmen lah. So aku amik keputusan takmo cari lagi awek/calon bini.Dan dah 2 tahun jugalah aku tak fikir langsung pasai cintan cintun ni since putus cinta dulu.Takdak sapa pun amik berat pasai aku dan apa jadi kat aku.Dulu masa becinta bukan men lagi sepanjang masa ada orang amik berat pasai aku.Sekarang erkhh, you are on your own.(kecuali abg2 aku lah yang amik berat)

Sebenarnya aku dah bertekad dan berjanji dengan diriku sendiri.Selagi mana aku belum capai target yang aku inginkan dalam IM dan blogging selagi tulah aku takkan cari awek/calon bini.Ni semua aku buat supaya menjadi batu loncatan untuk aku berusaha lebih gigih.A dream is the stepping stone to life.Aku rasa perlu buat ni dan menjadikan ia satu semangat yang jitu untuk terus berjaya.Dah tiga tahun (since 2009) aku mampu bertahan hidup dalam penuh kesunyian dalam hati.Kadang-kadang aku ada terfikir alangkah bestnya kalo adanya insan yang aku sangat sayang sentiasa menyokong apa yang buat selama ini.Seorang wanita/gadis yang aku sayang menyokong dan memberikan semangat untuk aku terus cekal dan tabah menghadapi segala ujian dalam IM dan blogging.Dan semestinya wanita itu akan aku jadikan isteri kelak.

TETAPI, aku dah meletakkan syarat terhadap diri aku sendiri.Aku mesti berjaya mecapai apa yang target atau impikan dahulu sebelum aku nak menjerumuskan diri aku kedalam kancah percintaan.Syarat ‘ini’ adalah pressure dan tekanan untuk diriku.Kalo aku tak buat camni konpem aku akan buat keja lebih kurang dan aku penah melalui perit percintaan so aku takla gigih tahap tenuk nak mencari pengganti secepat mungkin.Sebab tu aku mampu bertahan hidup dalam kesunyian yang amat sangat selama 3 tahun ni.Dan tahun ini (2012) adalah tahun desperate bagi aku… aku kadang cam dah tak mampu untuk hidup dalam kesunyian yang amat sangat.. Yaa aku ada kawan-kawan, ada abang2, tapi mana mungkin sama dengan kasih sayang seorang yang digelar kekasih.Aku perlu kuatkan semangat.Arwah mak aku mampu hidup tanpa suami disisi selama 30 tahun lebih takkan aku yang muda sihat walafiat tak mampu nak jalani hidup sendirian dan dihantui kesunyian yang amat sangat ibarat ‘empty nest syndrome’.Andai arwah mak aku masih ada.. tak mungkin aku akan rasa sunyi tahap teruk.

Apa-apa pun aku mesti kuat semangat dan cekal mencapai apa yang aku impikan selama ni.Aku ada mendengar pepatah.Disebalik kejayaan seorang lelaki, adanya wanita di sisi.Tapi tak bermakna aku sebagai seorang anak muda berjiwa besar tak mampu berjaya.Aku ingin berjaya as a single man.. seperti mana arwah mak aku, berjaya menjadi seorang single mother yang berusaha mendidik anak-anaknya sampai ke peringkat tinggi dan masing-masing dah berjaya dengan kerjaya yang diimpikan.Arwah mak aku adalah super woman dalam hidup aku ini.Seorang ibu tunggal yang membesarkan 5 orang anak yang masih kecil ketika itu bukan mudah.Banyak cabaran yang perlu dilalui.Aku sangatlah sedih bila mana arwah mak aku tak sempat tengok aku konvo.

Dalam hidup aku banyak sangat kisah sedih aku yang aku hadapi.Bagi aku sedih lah. Orang lain taktau lah rasa sedih ka tak.Sebab bagi aku kalo kita dah rasa cerita kita dah sedih.Lagi ramai orang yang mempunyai kisah sedih dari kita sebenarnya.Ayah aku meninggal time aku dalam kandungan.Tak sempat nak tengok aku membesar.Aku membesar tanpa seorang ayah.Mak aku lah jadi ayah, mak aku juga jadi seorang ibu.Tak sempat aku nak membina kehidupan dan di masih alam student mak aku pula dijemput olehNya.Arwah mak aku tak sempat nak tengok aku jadi seorang jurutera yang mana aku dah jadi tak semangat untuk bekerjaya seperti itu sekarang.Kini, impian aku dah 360 darjah berubah.. Aku ingin menjadi seorang IM dan blogger yang berjaya yang mana tak mungkin kot arwah mak aku akan terima kerjaya yang aku inginkan sekarang.

Tetapi Alhamdulillah, abang-abang aku semua menyokong apa yang aku inginkan dalam hidup ini dan apa yang aku impikan.Abang-abang aku sentiasa menjadi tulang belakang aku.. walau kadang-kadang aku rasa aku tak mampu untuk capai impian besar aku ini.Antara cinta dan impian.Aku memilih impian untuk difokus terlebih dahulu walaupun aku tahu diri aku tersangatlah sunyi kadang-kadang.Kadang-kadang ja lahh.Bila mana keja dah takdak dok sorang-sorang termenung maka akan terasa kesunyian yang amat melampau.Hujung minggu aku ngadap keja aku ja IM dan blogging.2 tahun dulu masa becinta, sikit-sikit nak dating, sikit-sikit nak tepon tanya kabaq, sikit-sikit nak bergayut.Dalam masa 3 tahun aku menyepikan diri dari dunia percintaan juga membawa banyak faedah dalam hidup aku.Banyak benda aku leh jimat terutama dari segi kewangan…

Kadang-kadang diri ini terasa jeles juga melihat kebahagiaan kawan-kawan yang mempunyai kekasih/bini untuk meluahkan segala kegelisahan jiwa.Mempunyai kekasih untuk diluahkan masalah dan pendengar setia.Pendengar setia aku adalah gitar ibanez.Disitu lah aku meluahkan segalanya dalam bentuk melodi.Tapi seperti yang aku dah bebelkan kat atas.Aku mesti kuat semangat.Impian mesti didahulukan.. Walau jiwa ini dilanda gelora kesunyian yang amat sangat. Tapi impian besar aku ni aku akan cuba usahakan sehabis baik dan semampu yang boleh.Dateline yang aku letakkan dalam timeline aku adalah tahun ini saja limit.Untuk tahun lagi sekali perghh lama sangat kot.Tak mampu aku hidup kesunyian lama-lama.Boleh meroyan aku sorang-sorang kang haha.Aku limitkan usia aku untuk berkawin adalah sebelum 30.Dan bercinta selewatnya tahun depan kot.Aku belum pikiaq lagi pasai calon-calon ni.Hati aku belum cuba-cuba nak develop perasaan cinta.Semua aku anggap kawan sahaja.Tetapi soal dan hati perasaan sapa yang boleh mengelak.Aku hanya mampu merancang.Tuhan yang menentukan… macam-macam boleh berlaku atas kehendakNya.

Wah sedar tak sedar dah panjang betui aku menulis ni…. aku akan jadi ralit menulis bila mana ada kopi secawan kat sebelah keyboard sambil ditemani dengan lagu-lagu yang mengimbau kenangan.So fikiran akan menerawang jauh sambil jari-jemari menaip mengikut emosi dan perasaan huhu.. Sekarang sudah masuk bulan 6, bulan depan sudah bermulanya puasa.Wahh memang masa memang takkan menunggu.. dia akan terus berjalan dan berjalan.. sesungguhnya manusia itu dalam kerugian jika mengabaikan masa.. Jauh di lubuk hati aku sememangnya nak mengaktifkan blog personal aku ini.. kalo boleh hari-hari mau update dan blogwalking. Tapi belum ketemu masa yang sesuai.. aku perlu utamakan kerja yang mendatangkan income dahulu.. Aku cuma teringin nak update sehari up satu post pun jadilah hehe.. bukan apa Facebook aku sehari dua tiga kali taip status, tapi blog ni dibiar menyepi hehe..

One thing i like tentang negeri kesayangan aku dan tempat lahir aku iaitu Kedah adalah banyaknya kawasan sawah padi menghijau dengan suasana mendamaikan.. kadang-kadang aku rasa serabut atau bosan-bosan nak hilangkan stress maka kegemaran aku adalah melihat sawah yang penuh kehijaun.. rasa macam tenang saja, sambil terasa kagum dengan keindahan alam kurniaanNya.Seperti dalam gambar di atas tu.. bila mana lepak saja, dengan angin sepoi-sepoi bahasa tentunya akan menyebabkan jiwa dan sanubari anda mengimbau detik-detik kenangan manis dan pahit.Perasaan bercampur baur.. ikutkan hati aku, mau ja aku bawak laptop sambil menaip melayan perasaan melihat kehijauan sawah.

So.. sekian saja entri aku kali ini.Akhir kata.. pesanan aku.. hidup kita ini hanya sekali, dan tentunya hanya ada one chance untuk kita lakukan segala apa yang kita impikan.. maka dream what you want to dream, and be what you want to be.. dan ingatlah dreams are what make the future..

Berkenaan dengan cinta pula.. aku bukanlah pakar cinta tapi tulah, apa yang aku boleh cakap sekadar pengalaman yang ciput itu.. Sometimes things don’t always work out as we would like them to.. Bercinta bagai nak rak kehulu kehilir tak semestinya menjamin anda akan kekal mencintai pasangan anda sehingga kawin..The greater your capacity to love maka the greater your capacity to feel the pain..

Sekian saja.. :)

 

 

Dapatkan update percuma, masukkan email, jangan risau aku anti spam

  • akubiomed June 5, 2012, 11:41 pm

    Luahan hati yang panjang dientri. Saya berharap dapat menjadi pendengar setia. Ketika dikolej dahulu saya pernah jadi pendengar setia luahann perasaan dan tekanan perasaan kawan-kawan. Saya gembira apa bila mereka berasa lega bila ada yang sudi mendengar luahan mereka.

    Ada masa kita perlu teman untuk berbicara dan mendengar luahan kita. Nasib baiklah bro tidak menjadi sahabat bro minta nasihat dengan berbalas sms. :-)

    Cheer up bro.

    Reply
    • aimannajmy June 11, 2012, 2:12 am

      Haha.. kawan saya tu dia pelik sikit.. save memanjang haha, apa pun thanks kerana sudi mendengar luahan perasaan ini haha.. thanks juga sekali lagi kerana bro adalah tukang komen paling setia blog ini hehe..

      Reply
  • badruz wahid September 11, 2012, 10:58 pm

    salam. sy dah baca penulisan bro. nice writing. dan mcm2 sy dapat apa maksud tersirat dlm penulisan ini. keep it up bro. kuatkan semangat, cekalkan hati. sesungguhnya allah bersama org2 yg sabar.

    Reply
    • aimannajmy October 9, 2012, 5:50 pm

      thanks badruz kerana sudi berkunjung ke blog saya.. :) sama2 kita amik manfaat mana yang patut..

      Reply

Leave a Comment

about

Objektif blog ini menceritakan segala yang aku obses.Terutama dunia internet marketing dan juga penciptaan seni lagu dan muzik serta melukis komik.Selain itu ianya bercampur aduk dengan segala apa yang aku rasa nak tulis.