≡ Menu

Yaa salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Entri kali ni aku nak ceritakan aktiviti memancing yang telah aku jalankan di bawah jambatan Pulau Pinang.Pada entri lepas aku dah terbitkan liveblogging mengenai kembara pancing aku kat under penang bridge tu.So entri kali ini sama saja contentnya cuma ianya akan ku ceritakan secara lebih details lagi hehe.Empat hari lepas iaitu pada 16 Jun telah mencatatkan sejarah dalam hidupku kerana itulah kali pertama aku memancing di laut.Sebelum ni masa kecik-kecik just bodo-bodo camtu ja mancing kat sungai, tu pun guna batang kayu hoho, budak-budak la time tu katakan.Pastu masa aku kat U adalah juga saja-saja pegang joran member aku untuk pancing kat tasik.. just cuba-cuba camtu ja.Tapi kalo mancing kat laut ni memang first time in my life gitu hoho.

Sapa malas baca, sila play video untuk rangkuman lengkap aktiviti ini hehe..

So kami bertiga, aku, arn (bassist sayugia) dan juga mat boleh (otai pancing) bergerak dari umah aku sekitar pukul 7 pagi.Sepatutnya rancang pukul 6 pagi yakni lepas subuh camtu.Tapi biasalah, aku pun paham, arn dan juga mat sudah berbini, so mereka perlukan buffering time yang lebih untuk persiapan berbanding aku yang bujang ni fast and furious saja huhu.Pada mulanya aku menyangkakan jeti nak ke jambatan tu terletak di seberang pulau, rupanya kena masuk pulau jugak.. so RM7 tol tetap kena bayaq huhu.. so destinasi jeti senang saja.. bila berada di jambatan, himpit laluan anda ke kiri dan pandu straight sampailah anda nampak belah kiri anda suasana jeti, pastu take alert untuk belok ke kiri.. ada simpang dan signboard.. memang tak susah punya nak sampai (bagi yang sesiapa yang teringin nak pegi)

So bila sampai di jeti, seorang sahabat aku si Adan ada juga bersama rakan-rakannya untuk pergi bersama-sama kami.Berkaitan pengangkutan ke jambatan semestinya menggunakan boat.Sekepala dikenakan bayaran sebanyak RM15 dan ianya juga bergantung kepada jarak juga, makin dekat jarak, makin murah tambang.Masa kami sampai, rakan lama kepada mat boleh iaitu boleh dikatakan sebagai pakcik jugak lah telah memberitahu kepada group kami tiang-tiang tertentu yang mana kebarangkalian port ikan-ikan lepak.So setelah sembang-sembang pakcik itu telah men’suggest’kan tiang bernombor 43.So boleh tengok video untuk gambaran jelas hehe.Sebenarnya pakcik tu memberitahu group kami, banyak tiang-tiang panas telah dibooking oleh orang lain huhu.So nasib le, sapa suh mai lambatkan hehe.

Kalau tanya aku ada berapa tiang semua alamak,, itu aku tak dapat bagi jawapan haha.. tapi pakcik tu lepak kat port 20 lebih camtu, maybe port-port area tu agak rare dan keberangkalian untuk dapatkan ikan banyak jugak sangat tinggi.Port tiang 43 ni lebih kurang 5 minit saja dari jeti.. memang dekat.Ramai yang datang time malam.. sebabnya air pasang so lebih senang dan keberangkalian ikan nak gagau mencapai umpan tu agak tinggi la.Kalo datang siang, kena datang pagi-pagi.. sebab bila hari makin naik, terutama bila dah tengah hari seterusnya petang, air mula surut dan keberangkalian nak dapat ikan pun sangat rendah.Time aku sampai kat jeti tu wahh, dah belambak-lambak trip boat dah lepas huhu.. Tapi tuh la kalo mai malam kena ada peralatan lebih sikit terutamanya lampu lah kan.Selain tu keazaman yang tinggi juga perlu huhu.

So aku nak cerita panjang lebar pun tak best sebab aku dah attach video kat atas haha.. apa kata ampa tengok ja video tersebut untuk dapatkan gambaran yang jelas serta suasana memancing di sekitar jambatan penang.Abih tengok video layan gambar-gambar kat bawah ni yek hehe. Enjoy~!

Kat jeti.. time pagi-pagi, tak pagi sangat la haha.. dah lewat dah sampai time ni, kul 8 lebih

Kami banyak guna umpan udang, entah kenapa, umpan udang paling senang dapat.. ada juga guna umpan sotong, tapi tak mengena lak.. ikut nasib jugak kot.

So cam biasa.. kesabaran yang tinggi amat perlu dalam aktiviti memancing huhu.. baring-baring dulu jap sambil menunggu umpan mengena.

Si otai pancing, “mat boleh” orang pertama di antara kami yang berjaya dapat dahulu.. huhu..

Hoho ikan ni agak rare la.. aku pun taktau sangat huhu, para pembaca tau? sila beri jawapan ye hehe

Haha ni otai kedua dapat ikan haha.. ikan keke mak iloi iloi.. ikan gelama mak ilai ilai

Kepada sesiapa yang belum pro, maka sila berhati-hati ketika hendak buang mata kail dari ikan.. takut nanti terkena jari yek haha.

Inilah hasil tangkapan bila menjelang tengah hari huhu.. ikan kerapu tu kalo goreng pun sodap!

So di masa akan datang aku memang nak pergi lagi sebab aku dah jatuh hati dengan hobi baru ni haha.. feel kot beb bila mana kita dok tunggu-tunggu sekali ikan ngap umpan dan kita berjaya tarik (kaghau) dengan jayanya huhu.. bukan apa aku teringin pulak nanti nak kaghau ikan besaq-besaq pulak haha.. tapi itu nak kena pegi laut ke tengah sikit lah.. haha.Buat pengetahuan semua, aku masih beginner dan amatur sangat-sangat dalam dunia pemancingan ni haha.. banyak term-term dan istilah kaki pancing yang aku taktau haha.. tapi antara satu petua atau pantang larang yang aku ingat depa sembang.. jangan sesekali melangkah joran anda huhu.. ntah le, ni just cakap orang tua-tua dulu.. takyah la excited nak pecaya sangat ye.. nanti kang syirik lak huhu.. rezeki dapat ikan pun semuanya ketentuan Allah.Sekian saja.. :)

 

Dapatkan update percuma, masukkan email, jangan risau aku anti spam

  • akubiomed June 20, 2012, 1:47 am

    Wah banyak juga hasil tangkapan yang dapat.

    Reply
    • aimannajmy June 20, 2012, 1:59 am

      wah cepatnye reply haha lambat tido.. tunggu england punya match ke.. haha

      Reply
      • akubiomed June 20, 2012, 9:19 am

        Sambil tunggu Enngland lawan Ukrine. Layan dulu blog. :-)

        Reply
        • hafizmd June 21, 2012, 11:41 am

          ni mesti fan england ni…

          tuah memihak england kali ni..

          Reply
          • aimannajmy June 27, 2012, 8:23 am

            ohh haha baru dapat reply komen haha.. nampaknya badi penalti kat england tak penah berkesudahan haha

  • hafizmd June 21, 2012, 11:29 am

    leh tahan gak hasilnya ni bro..

    aku setakat lalu jerlah atas jambatan tu…hohohoho

    p.s-aku kalau bab mancing2 ni, bukan tak mnat, tp takut terjebak..hahahha

    Reply
    • aimannajmy June 27, 2012, 8:24 am

      haaa bab terjebak tu yang bahaya tu.. kadang boleh gian oo bila dah start dapat ikan besaq2 huhu

      Reply
  • Jebeng Otai™ June 21, 2012, 7:09 pm

    byk gk tu bro..leh wat lauk 2-3 hari.. :)

    Reply
    • aimannajmy June 27, 2012, 8:22 am

      boleh la buat kenyang sipi2 bile goreng huhu

      Reply
  • Dulu Lain Sekarang Lain June 21, 2012, 9:07 pm

    Kawe tak pandai memancing tapi suka gak ikut org pi memancing. Wah tak sangka banyak gak ikan bawah jambatan Penang tu. Errr.. bukan berhantu ke area tu? :wink:

    Reply
    • suri June 26, 2012, 3:18 pm

      ha janhan2 masa malm jer ar ada org bwh tu siang2 apa nampak ..

      Reply
    • aimannajmy June 27, 2012, 8:20 am

      haha ada port tertentu rasanya.. hanya yang keras hati mampu pancing waktu malam huhu

      Reply
  • Juan June 21, 2012, 9:47 pm

    bro org penang ke bro, saya pon dok penang, saya x pernah lagi mancing kat bawah jambatan tuh, x tau plak kalau boleh mancing kat situ

    Reply
    • aimannajmy June 27, 2012, 8:20 am

      takla orang kedah.. saja mai memancing bawah tu.. haha first time ever

      Reply
  • suri June 26, 2012, 3:16 pm

    byk gak ikan yg dpt tuh hee…ada jumpa minah laut ker?a.k.a ikan duyong

    Reply
    • aimannajmy June 27, 2012, 8:18 am

      wahh ikan duyung kali kena bawak jala ler tangkap haha

      Reply
  • suri June 26, 2012, 3:17 pm

    wah tu cam gaya berbaring hok kaki tuh heee.berapa ekor ikan dpt aiman pancing

    Reply
    • aimannajmy June 27, 2012, 8:18 am

      boleh la total semua dalam 20 ekor camtu

      Reply
  • suri June 26, 2012, 3:20 pm

    ikan sungai tu masak apa yg sedp selain dri goreng sama kunyit?

    Reply
    • aimannajmy June 27, 2012, 8:17 am

      ikan sungai?? huhu bukan laut ke huhu

      Reply
  • suri June 26, 2012, 3:24 pm

    pas ni jgna da pula pekerja asing tdo bwh jambatan tu sudah ler hee…byk gak tiang byk gak port nk mancing yer

    Reply
    • aimannajmy June 27, 2012, 8:16 am

      haha byk sgt tiang.. sapa cepat dia dapat huhu

      Reply

Leave a Comment

about

Objektif blog ini menceritakan segala yang aku obses.Terutama dunia internet marketing dan juga penciptaan seni lagu dan muzik serta melukis komik.Selain itu ianya bercampur aduk dengan segala apa yang aku rasa nak tulis.