Seminar Smart Blogging
Salam semua. Ok posting sebelum ni aku dah bercerita mengenai dunia blogging yang aku masih samar-samar tertanya2 mengenai selok belok sumber income. Then aku pon membuat decision untuk pergi ke seminar anjuran en rohaizad. Seminar smart blogging yang diadakan di UTM Skudai ini sesungguhnya membuka minda dan persepsi aku tentang dunia blogging di internet. Ya membuka minda aku seluas2 nya. Kalo kata boleh nak menguap 3 hari tak tidoq memang akan menguap seluas mungkin la. Ya itu lah ungkapan yang menggambarkan betapa luasnya dunia blogging ini. Tambahan pulak aku sebelum ni ilmu aku mengenai pemasaran internet tersangatlah ceteknya Setakat tahu sikit2 affliate tempatan dan antarabangsa dan penah try mencuba sekali dua. Itu je pengalaman yang aku ada. Bila datang ja seminar pergh terlampau advance bagi aku hoho. Sedangkan aku datang seminar dalam keadaan masih blur atau taktau dalam membuat blog.com. Yang datang plak mak aiih suma yang dah otai2 dalam bidang blog masing2. Huhu terasa kerdil aku time tuh. Gaya penyampaian bro izad yang bersahaja memang aku suka. Sekali stail macam cekgu sekolah pun ada. Huhu. Stail becakap ayat tak habis then anak murid sambungkan. So seminar ni mendedahkan dunia realiti sebenar blogging kat arena internet ni. Sebenar2nya realiti, bayangkan founder beautifulnara yang sanggup datang dari korea nak mendengar pendedahan ni inikan pulak aku yang blog.com pon still tak reti wat. So memang ada sesuatu yang istimewa mengenai seminar ini iaitu nasi ayam penyek persoalan bolehkah menjana income dari blog dan apakah yang beliau buat sehingga beliau digelar pro blogger. Beliau adalah seorang full time blogger. So penyampaian dan ilmu2 advance yang diberikan menyebabkan aku berpinau mata untuk memahaminya. Segalanya ilmu baru bagi aku mengenai dunia blogging dan pemasaran internet termasuk advance technical properties di sebalik blog2 ni. Kami peserta seminar juga dibekalkan sebijik pc setiap sorang dengan capaian internet bagi memudahkan proses pembelajaran. Dengar sat pastu makan baru ja syok2 mendengar kena makan lagi huhu. Overallnya aku sangatlah berpuas ati dan amat teruja untuk belajar dan mencuba setiap ilmu yang disampaikan. Ini kenyataan jujur dan ikhlas dari aku. Yang paling best bro ijad sanggup p amik p hantaq peserta seminar. Dah tu dalam keta nak antaq aku p larkin bagi lagi tip-tips blogging dan support after seminar juga diberikan. So yang tinggal sekarang adalah ACTION. Ilmu semua dah ada cuma nak memulakan sahaja. Cam aku agak struggle la nak belajar membuat blog.com ni. Baru nak belajar2 buat. Syarat menghadiri seminar ni pon dah diterangkan mesti tahu mengenai Cpanel, FTP dan biasa membuat blog.com atas domain sendiri. Sebab ianya takkan diterangkan dalam seminar. So bawah ni gambar semasa seminar 25 April itu hari.
bloggers yang hadir antaranya hasbul, abang nara, mizie, ariffin
baru sedap2 dengar kena makan lagi hehe
Sebentar lagi kita akan makan nasi ayam penyek ye
makan lagi..pedas bangat sambal itu
Kita kena grab ikan-ikan besar di lautan luas sana
makan petang lagi pulak karipap panas huhu
salah seorang blogger iaitu boss hujan batu, beliau telah menjadi full time blogger!
setelah penat dan overload ngan ilmu baru masa untuk balik
tadaa seminar tamat.. konvokesyen penerimaan sijil pada hari tuh jugak..sangat bangga dapat sijil dr UTM ahaks!
Facebook comments:

pagi seminar sebelum start









