Dunia blogging dari perspektif aku part 1

Blog adalah jurnal online atau apa sahaja luahan hati dan intipati minda ampa anda semua diterjemahkan dalam medium atas talian iaitu blog. Apa pun ini adalah posting pertama aku dan aku masih bereksperimen dengan wordpress punya konfigurasi dan segala macam dengan hal berkaitan Cpanel. Segalanya baru bagi aku yang mula menceburi atau mendalami ilmu blog atas domain sendiri. So blog pertama atas nama domain aku sendiri ni lah yang merupakan batu loncatan untuk aku belajar bab-bab asas teknikal sebelum aku beranak pinak kan blog-blog lain lagi. Yeargh! No sacrifice no victory. Belajar, belajar dan terus belajar. Lagi pun bagi tak rugi pun menimba ilmu dalam bidang sebegini. Dah lama sebenarnya aku mengidam nak mendalami ilmu-ilmu teknikal dan asas perniagaan di internet. Yeah dunia internet tersangatlah luasnya tanpa sempadan. Aku dah bosan sebenarnya dengan dunia internet aku sejak aku mengenali internet sekitar tahun 2000…yela selain cari maklumat…asal aku buka internet ja balik2 buka social site (fb,fs dan sewaktu dengannya), then baca paper online, berforum then main game online….then almost 10 years dunia internet aku membazir masa ke arah perkara maksiat lagha je…habuk pon tarak……. then why not aku berfikir sampai bila aku nk teruskan dunia lagha ni..why not learn something benefits…. why aku jahanamkan hidup aku dengan buat perkara tak berfaedah di internet..sampai bila?? umoq aku makin lama makin muda tua.. Then satu hari di pagi yang hening ketika aku memonteng keja…sekitar pada bulan Okt 2009..aku terbuka satu blog bro ni…aku pon xtau camana aku bleh tersinggah ke blog bro tuh…Mungkin Tuhan nak bukak jalan aku yang kusut time tuh penuh dengan masalah….. then tetiba dengan rajinnya terniat aku nk baca beberapa posting yang dibuat bro tuh…. walaupon asalnya mmg aku tak minat sebenarnya membaca cerita2 org buat bleh duit kat internet ni..mmg aku tak percaya…pada aku cari duit kat internet lebih kepada skim pelaburan, MLM, dan sewaktu dengannya…. then interaksi aku ngan bro tuh menyebabkan aku mula buka mata tentang perihal sebenar dunia internet ni…..isu halal dan haram dan aku berasa sangat menyesal…membazirkan masa aku selama sepuluh taun dulu tuh membuat perkara2 lagha di internet….siapakah bro tersebut???? apa sebenarnya dia buat?? kenapa aku boleh terminat dengan apa yang dia buat?? tunggu aku cerita next posting..ni posting pertama aku untuk bereksperimen dengan sistem wordpress…….so banyak sembang kosong je
Facebook comments:









