Bulan Oktober adalah bulan paling tak aktif sekali
Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Sudah lama rasanya aku tak update blog dan bulan Oktober juga adalah bulan paling pasif bagi aku untuk mengupdate entri-entri blog.Dalam bulan lepas aku hanya terbitkan 7 entri sahaja.Memang dasar pemalas huhu.Ini disebabkan aku mempunyai kerja-kerja lain yang lebih penting dan maybe agak sedikit busy menyiapkan single ke 6.So apa pandangan ampa semua setelah mendengar lagu terbaru sayugia bertajuk pabila? Overall ramai kata best cuma bab vokal jaa mungkin kurengg sedikit mengikut pendapat 3 4 orang.Saja nak mempelbagaikan style nyanyian vokal.
Kepada mereka yang mungkin tension sebab asal masuk blog aku saja mesti mp3 player autoplay, sorri la huhu memang sengaja aku berbuat demikian.Sebabnya ramai lagi yang tak pernah dengar atau pernah tahu lagu-lagu sayugia.At least bila depa first time masuk blog ini maka mereka mungkin akan layan dulu lagu sayugia ATAU mereka akan cari button stop ATAU mereka akan sumpah seranah owner blog ni sebab tetiba lagu terpasang mengganggu fikiran depa saja nak kena cari button stop satu hal.So minta maaf la kalo minda ampa semua terganggu bila mana singgah blog ini yang mempunyai autoplay mp3 player.Aku akan disable pada satu masa yang sesuai.
So mari kita becerita sedikit mengenai analisis pengunjung blog ini bagi bulan oktober.Aku dapati bahawa ada la sedikit peningkatan dari segi unique visitor walaupun pada hakikatnya aku sangat pasif bulan ini samada dari segi blogwalking atau update entri terbaru.Kalo kita tengok bulan lepas total unique visitor adalah sebanyak 525 tapi bulan ini naik sedikit iaitu 685.So seperti biasa teori peningkatan pengunjung blog adalah berkait rapat dengan inbound links dan aktiviti blogwalking sambil bercommenting.So secara konklusinya aku menakrifkan diri aku pada bulan ini sebagai blogger yang sangat pasif.Harap-harap pada bulan November ini aku akan terbitkan banyak entri menarik.
So pada bulan November ini salah satu perancangan aku adalah untuk mengeluarkan single terbaru.Yaa single ke 7.Seperti biasa material semua sudah ada cuma biasa proses rakaman/mixing/mastering mengambil masa.Apakah tema single ke 7 ini? Kalo single lepas bertemakan kekecewaan akibat putus cinta..maka single ke 7 lebih menjurus ke arah tema……………… jeng jeng jeng. tunggu entri yang akan datang aku akan becerita mengenai temanya.Selain itu bulan ini sayugia studios juga akan mengalami proses upgrade.Upgrade dari segi interior design.Harap-harap bulan ini dapat siap sepenuhnya projek-projek yang telah dirancang ini.So bagaimana ampa semua? apakah aktiviti bulan ini huhu.
Facebook comments:











Kami faham bro sedang sibuk menyiapkan single
hehe tq memahami..dok asyik teperap dalam studio ja huhu
baru berkesempatan singgah sini..tak pe bro tak aktif,jangan tutup blog sudah..jap lagi aku nak layan lagu baru tu..
ok2 silakan hehe…len sikit kali ni stail lagu huhu
wah okla nih… single ke 7… ok2.. kali ini genre nya macam mana pulak ya???
Genre??? hehe akan dibitau kemudian…tp bukan pasai bab kecewa cinta lagi huhu
okla tu bro, lagu bertemu lagi play dulu hehe
hehehe..kalo nk play..biaq play suma huhu
jika di pejabt mmg tak blh drg sb taka da speker klu kat umah mmg ter on je hee..
tak kisah lagu apa ok jer..jgn lagu cam lady gaga sudah pening kepala jap..
yeke hehe tq..bukan pe de setgh org x suke hehe