Category Archives: Sayugia Studios
Testing Roland VDrum TD3 dan rakam guna Canon 550D
Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Sudah lama sungguh aku tak menulis di bahagian ini (sayugia studios) sebab masih takdak produk terbaru disebabkab Sayugia Studios masih dalam pembinaan.Ya sayugia studios masih lagi belum siap sepenuhnya dan kelengkapan studio belum lagi dimasukkan kerana keadaan interior design masih dalam keadaan terbengkalai.Overall dan 80% siap cuma tinggal 20% sahaja lagi.Tak sabar sungguh aku nak kembali bekarya! Lama sungguh rasanya aku tak terperap dalam studio macam dulu huhu… So di kala tunggu proses naik taraf sayugia studios siap sepenuhnya maka
Sayugia Studios melalui proses naik taraf part 2
Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com..Moga sihat-sihat selalu hendaknya disamping keluarga yang tercinta.Sekarang musim cuti persekolahan tentu ramai yang tak menang tangan yang nak bawak anak-anak pergi berjalan (buat yang dah kawin) disamping memenuhi jemputan perkawinan.Bagaimana hujung minggu anda semua.Harap-harap masing-masing dapat memanfaatkan cuti sekolah untuk bersama keluarga.Berhati-hatilah memandu ketika hujan.
Ok entri kali ni adalah sambungan pada part yang pertama anda boleh baca kat sini.Bagi anda yang masih belum tahu hujung pangkal cerita so silalah baca kat sini dulu sebelum baca part 1 dan seterusnya.Ok seperti mana yang sedia maklum sayugia studios sekarang tengah menjalani atau mengharungi proses menaik taraf yakni upgrade.So sekarang dah settle fasa 1 (memalam dinding) dan kemudiannya telah memasuki fasa 2 iaitu mengecat disamping bukak karpet yang sedia ada untuk digantikan dengan yang baru.Apa-apa pun aku tak tunjukkan keseluruhan gambar bilik studio yang dah dicat kerana belum siap dan jugak aku ingin membuat sedikit montaj video nanti berkenaan proses naik taraf ini. So sekarang ni hanya 3 fasa terakhir saja yang tinggal iaitu fasa pendawaian elektrik, fasa pemasangan material kedap bunyi dan last sekali fasa penyusunan gadget studio.
So hayatilah gambar di bawah dan nantikan update yang seterusnya…
Nindia gaya orang lama buat keja…skill mau ada
Pemalaman dinding yang hampir selesai (pandangan luar)
Lemak bekrim disukai ramai…ini bukan cat tapi adalah yogurt perisa blueberries huhu (nak sepp)
Celup sapu celup sapu…nini cokelat celup..celup celup (iklan)
Sapu jgn tak sapu…hilangkan kotoran huhuhu!
“Nak harap aimannajmy tolong cat? Besaqkan perutkan boleh la huhu..” pakjang berkata berseloroh
(aku bukan takmo cat tiba-tiba depa volunteer nak tolong nak bagi siap keja cepat…errr seingat aku last time aku pegang berus cat time dalam bengkel kemahiran hidup kot huhu)
Entri ni akan bersambung……… nantikan
Sayugia Studios melalui proses naik taraf
Salam semua kepada aiman najmy dot com.Dalam entri lepas aku dah ceritakan aku berhenti sekejap dalam bekarya kerana memberi laluan kepada proses naik taraf sayugia studio yang aku sangat sayangi ini..huhu..di sinilah tempat proses menyiapkan karya-karya sayugia dilakukan.Dulunya interior design cam bilik tidur jaa so sekarang ni nak upgrade kepada suasana studio yang lebih sebenar.So lebih feel nanti nak bekarya.Nak tengok keadaan studio asal sayugia? Lihat video kat sini (video promo single ke 6 sayugia).So sekarang banyak lagi proses atau fasa-fasa menaik taraf perlu dijalankan..Dah abih kopek sana kopek sini..cungkil sana cungkil sini,Keletung keletang bunyi maka proses palam dinding dan juga tingkap berjaya disiapkan arini.Huh..satu proses yang agak merimaskan apabila habuk berawangan di udara dan lantai dipenuhi habuk,Banyak lagi kerja-kerja lain yang perlu dilakukan yang masih tertangguh…macam pasang karpet..cat dinding…pasang plug baru…last sekali baru nak cari material kedap bunyi…so satu proses yang amat panjang walaupun ada upah orang untuk memecahkan umah dan pasang bata..tp interior design cadang nak buat sendiri untuk jimatkan kos huhu.
Gaya orang lama buh bata
Akhirnyaa….dengan kudrat tenaga orang lama..dinding berjaya dipalam huhu
So segala proses naik taraf dilakukan sedikit demi sedikit.Tak sekali harung le one shot huhu.Banyak keja lain lagi nak buat huhu.So aku akan update proses upgrade studio dari masa ke semasa.Mungkin lusa atau tulat akan memulakan proses mengecat pulak kot huhu.. err out of topic jap ada orang kata aku bahasakan diri “aku” bila menulis nampak cam kasar sikit..sebenarnya aku lebih suka guna “aku” dan dalam hal blogpost tertentu je baru kata ganti diri sebagai “saya” digunakan…. i just want to be myself… that’s it
Lagu sayugia manakah yang anda paling suka?
Salam semua kepada pembaca aiman najmy dot com.Sebelum releasenya single ke 6.Saya ingin menjalankan satu survey terhadap lagu-lagu sayugia.Agar diharapkan pada single-single yang akan datang saya akan mempebaharui skill penciptaan lagu.Saya masih lagi freelance komposer yang bertatih mencari rentak sendiri dan cara yang tesendiri mencipta lagu.Sila dengar kesemua lagu ciptaan saya di player widget mp3 sebelah kanan blog dan vote mana yang paling anda suka sekali.Undian anda akan mempengaruhi saya dalam mencorak pelbagai seni penciptaan lagu untuk karya-karya saya yang akan datang.Ianya juga akan memberi sumber inspirasi kepada bandmates yang lain seperti Arn (bassist), Pijat (Drummer) dan Ihsani (susunan muzik dan gitar kedua) dalam mempelbagaikan lagi skill bermain instrument muzik.UNDI SEKARANG!



















