Category Archives: Peristiwa

Sahabat karib aimannajmy semenjak kecil telah tamatkan zaman bujangnya

aimannajmy yang dah gemuk macam kungfu panda bersama dengan si fido pengantin baru

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Lama sungguh tak update blog ni ye.Selain aku dok bz upgrade studio dengan kemas-kemas umah.Aku juga dok bz tolong-menolong member aku si fido yang mana telah selamat diijab kabulkan pada 27/5.Kenduri pihak lelaki 28/5 dan pihak pompuan pulak 29/5 huhu.Direct 3 hari berturut-turut aku dok lepak umah si fido dok tolong apa-apa yang patut.

Rumah si Fido a.k.a Pidoih atau nama sebenar Muhd Firdaus dekat ja dengan umah aku ni.Sekentut ja dah sampai hehe.Umah pengantin perempuan pula dekat juga.Setanak nasi sampai la tak jauh mana pun.Isteri si fido juga adalah

Share

Cerita Raya Haji 2010 part 3

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Entri ini adalah sambungan daripada part 1 dan part 2.Kalo anda taktau hujung pangkal ceritanya anda boleh baca part sebelumnya.Baca part 1 kat sini dan part 2 kat sini.Pada hari Sabtu lepas aku ada menghadiri kenduri daging korban yang mana ianya adalah di bawah anjuran Rumah Seri Kenangan Bedong yang mana bernaung di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.Pada mereka yang mungkin taktau Rumah Seri Kenangan Bedong adalah tempat bagi warga tua yang tiada tempat tinggal atau hilang kebergantungan.Mereka yang tiada tempat tinggal, dibuang keluarga, atau tidak ada saudara mara sudi menjaga mereka atau mungkin orang papa miskin kedana diberi perlindungan yang sepatutnya di sini.Setahu akulah kalau kat Kedah ni, rumah seri kenangan Bedong ni lah merupakan satu-satunya terdapat di Kedah.Maybe ada yang lain di bawah seliaan JKM.Setahu aku ja la.

Lembu yang ditumbangkan tak salah aku berjumlah 3 ekor.Semua warga, kakitangan dan jiran tetangga terdekat serta saudara mara berkaitan dijemput bagi memeriahkan dan mengisi majlis kenduri daging korban.Memandangkan aku pun orang kuat Bedong maka aku pun dijemput sekali haha takdak aiih gurau ja.Memandangkan kawan rapat aku si Arn mak dia staff kat sini maka aku pun dijemput sekali menghadiri kenduri korban ini.Memang meriah sungguh suasana di pekarangan kuarters JKM.So aku nak becerita pun tak best hayatilah je lah gambar kat bawah ni huhu.

Apa-apa aku hati aku sangatlah tersentuh apabila melihat warga tua kat sini.Kadang-kadang cam nak nangis pun ada.Yela ada diantara mereka diletakkan di rumah ini sebab dibuang keluarga.Yang paling sedih ada yang kes anak derhaka so mereka dihantar ke sini.Makna kata anak-anak malas nak jaga pastu letak ja kat rumah ni.Bagi depa rumah ni yang mana seliaan JKM yakni kerajaan mampu memberikan perlindungan yang terbaek dan menjamin penjagaan dan keselesaan hidup penghuni dalam suasana aman dan tenteram.Cuba tanya depa tengok.. tenteram ka ati depa bila kena tinggai anak-anak.Sedey wooo bila pkiaq balik. Cuba ampa pikiaq tengok. Sanggupkah kita hantar mak ayah kita ke sini walhal dulu mak ayah kita mampu jaga kita dari kecik sampai besaq? (persoalan ini hanyalah untuk mereka yang berniat takmau jaga sendiri mak ayah depa sebab leceh)

So fikir2kan lah.Jagalah mak ayah kita dengan sebaiknya.Janganlah bersifat lepas tangan dan terus hantar ke sini dengan alasan sibuk dan busy dengan kerja.Percayalah anda akan lebih merasa puas dapat menjaga mak ayah anda sendiri daripada bagi orang lain jaga.Pahala jaminan masuk syurga pun dapat.Spend la more time with them.Esok-esok kita pun akan tua jugak.Mesti jauh di sudut hati kita, sebelum kita menghembus nafas yang terakhir kita nak bersama-sama anak kita tui dak.Lama mana sangat kita mampu hidup atas dunia ni..pusing-pusing kot tuh jugak jumpa sok (alam akhirat).

Bila aku tengok warga tua ni terutama makcik-makcik ni.Teringat pulak arwah mak ngan ayah aku.Niat aku dulu nak jaga depa tak kesampaian.Depa pergi dulu menyambut panggilan Illahi.Aku pernah terdengar seorang ustaz pernah berkata dalam ceramahnya.Aku pun tak ingat fully quote dia camana tapi lebey kurang camni lah apa yang dia cakap.Bila kita semua dah masuk alam akhirat nanti maka kita akan dapat ketemu balik kesemua ahli keluarga kita daripada yang dulu-dulu (tok nenek) sampailah ke anak cucu kita.Kita (lelaki) time tuh berumur 33 tahun selama-lamanya disana merasai kehidupan di sana bersama-sama ahli keluarga kita.Yang pompuan pulak sentiasa muda belia 18 tahun.Apa-pa pun dugaan di dunia ini tersangatlah dasyatnya.Kita bukannya alim ulamak yang direct terus masuk syurga dan mengalami kehidupan seperti itu.Banyak amalan kita yang perlu ditimbang nanti..berat ke arah mana.Syurgakah? Nerakakah?

Tetiba berceloteh panjanglah pulak aku ni hehe.Apa-apa pun lets the picture tell thousand of stories.Sambil-sambil tuh layan lagu warga tua teras masyarakat kat bawah hehe

Daging cecah ayaq asam!!!! Telioq aiiih!!!

Ni baru 1st round kot haha…pastu meratah pulak daging saja cecah ayaq asam huhu

Suasana kenduri…ramai yang mai

Warga tua Rumah Seri Kenangan Bedong….

Pakcik-pakcik warga tua…

Makcik-makcik warga tua…

“ish sedap sungguh depa masak…”

Warga tua pulang ke tempat penginapan..

“taun depan pulak noh….”

Eskrem percuma mai amik chemei’ jangan tak mai! huhu………

Sabaq-sabaq semua dapat! Aik dik baju belang dah seploh kali mai..xpa2 buleh ja huhu.

Sup Gear Box…huhu mantop abih! huhu

Masuk ni dab 88 kali dah aku ulang alik amik eskrem huhu

Pas pekena daging..pekena buboq plak huhu!

Cedapnyaa dapat tumpang buboq orang pun jadi huhu


Share

Cerita Raya Haji 2010 part 2

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Sebelum aku mencoretkan cerita raya haji part 2 ampa semua boleh baca part 1 kat sini.Raya haji tahun ni sama seperti raya aidilfitri arituh.Aku balik KL hehe.Destinasi rumah abang aku iaitu kat pantai dalam yakni lebih detail di vista angkasa.Aku bercadang nak balik Johor tapi memandangkan ada kerja penting lain yang perlu diselesaikan so tak jadi la balik Johor.Raya Haji kat KL ja bersama abang-abang aku yang lain.Lagipun pi sekejap ja sehari dua camtuh.Raya Haji kat KL ni cam biasa je la suasana.Lain la kalau raya puasa.Nak lena atas jalan pun takpa jalan raya lengang huhu.So jalan jem serupa tuh la jugak di kawasan tumpuan bandar.

Kalau raya haji kat bedong ampa boleh tengok sendiri suasananya bagaimana proses penyembelihan lembu dilakukan secara bejemaah ramai2 (sila baca part 1).Tapi ni kat KL kiranya first time la kot beraya kat sini.So aku tak pergi pun amik gambar atau video di kawasan penyembelihan lembu korban.Aktiviti di hari raya hanyalah berkunjung ke rumah saudara mara terdekat pastu bawak anak buah aku pusing-pusing jalan KL (sila lihat video di bawah) sambil melayan telatah depa.Nyanyilah..tanya tu tanya ni hehhe.

Aku juga berkesempatan berkunjung ke rumah Dr Shaari Isa yakni aku panggil sebagai pak lang (sebab pak menakan aku), kalo ada yang tak paham pak menakan tuh = pak sedara atau nak lebih detail beliau adalah my mom’s brother.Beliau merupakan pensyarah UM dalam bidang accounting dan aktif mengeluarkan buku.Boleh rujuk kat sini profile beliau.Beliau banyak menulis mengenai politik, akademik terutamanya mengenai accounting, kisah-kisah sejarah melayu, kisah-kisah kemerdekaan dan lain-lain.Boleh rujuk karya-karya hasil tulisan beliau kat sini.Antara novel beliau yang amat famous ialah Lepaskan Kembali Aku  Ke Laut. Ianya dah dijadikan drama besiri. Sila baca kat sini. Dan antara karya beliau yang terlatest adalah mengenai budaya melayu. (lebih kurang cam malay dilemma karya Tun Mahathir tapi dari perspektif beliau).Anda boleh tengok kat sini. Nak tengok atau berminat nak tahu hasil karya beliau? Tengok kat sini.Aku tersangatlah menghormati beliau dan merupakan idola aku sejak kecik.Alamak cam dah tesasar pulak menulis huhu.Patut cerita pasal raya haji.Nanti aku akan ceritakan mengenai kisah beliau dalam entri khas.Nantikan yaa huhu.

Rumah beliau terletak di Sri Hartamas.Sebelah istana negara yang masih under construction (sila tengok video di bawah).Dengan tidak membuang masa lagi mari lihat video di bawah.Lets the video tell everything.Dan cerita raya haji ni ada 3 part hehe.Nantikan part yang terakhir.

Share

Cerita Raya Haji 2010 part 1

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Wah sudah seminggu lebih nampaknya aku tak update blog.Sedar tak sedar hari-hari berlalu dengan pantasnya.Rasanya tidak lagi terlambat aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua readers sekalian.Moga kita semua dapat menghayati maksud sebenar di sebalik istilah “korban” atau hari raya “korban” atau hari raya “haji”.Kalau nak becerita penghayatan “korban” panjang lebar pulak ye.So diharapkan sebagai umat islam kita sedia maklum penghayatan sebenar maksud “korban”.So entri kali ni just nak becerita mengenai suasana raya haji yang berlaku di tempat aku. Mana tuh? Mesti la Bedong yang terchentaaa hehe.

Seperti biasa selepas solat sunat aidiladha, para-para jemaah sekalian yang diketuai oleh pak imam akan menjalankan kerja-kerja penyembelihan lembu.Memang sejak aku kecik sampailah ke besaq dan tua bangka (takla tua sangat) kat kawasan tempat ni lah (depan umah aku ja) kerja penyembelihan lembu korban dijalankan.Kawasan rumah aku ni memang becirikan 1 Malaysia sungguh. Huhu.. Lebih kurang jiran-jiran semua depan belakang becampur aduk pelbagai bangsa. Lembu yang ditumbangkan mengikut kepada permintaan korban.Selalunya standard tiap-tiap tahun aku dok tengok 3 4 ekor ja.

Pakcik-pakcik yang menumbangkan lembu-lembu ni untuk disembelih memang dah expert. Kadang-kadang ada jugak lembu yang mengamuk huhu.. Aku teringin gak nak belajar skill-skill menumbangkan lembu.. Entah bila akan dapat peluang tersebut untuk belajar. Aku rasa dalam 20 tahun lagi rasanya akulah bakal mengganti kerja-kerja mereka… mungkinlah..sebab aku menetap kat sini..Generasi bersilih ganti.So selepas ja aktiviti lapah melapah kepada 7 bahagian maka segala daging-daging tersebut akan di distribute kepada mereka-mereka yang berkaitan. So apa kata hayati video di bawah.Video ni sebenarnya beberapa tahun lepas punya captured tapi hakikatnya suasananya tiap-tiap tahun still samaa…tak berubah langsung.Beginilah suasananya every year almost the same scene.Kalo tak caya mai la raya kat Bedong huhu.

Ok mari sama-sama kita hayati video di bawah sambil menafsir di dalam diri dan jiwa masing-masing apakah sebenarnya maksud “korban”.Semoga semangat pengorbanan yang telah diterjemahkan atau dibuktikan oleh Nabi Ibrahim a.s dapat dilanjutkan pula kepada umat islam pada hari ini untuk membantu mereka yang susah dan memerlukan.

Share

Banjir di Kedah terburuk semenjak 100 tahun!

Salam semua..dah lama aku tak becerita mengenai kawasan tempat aku ni..atau pun dengan lebih tepat kawasan sekitar negeri Kedah.Negeri tempat aku dilahirkan dan dibesarkan.Pulun kedah pulun ( hoho  takdak kaitan pun).Dulu pernah aku becerita sedikit mengenai kejadian yang berlaku seperti kebakaran.Ampa semua boleh baca kat sini.Dan juga mengenai kedai makan yang aku paling suka hehe tak abih lagi entri tuh..halfway boleh baca kat sini.So baru-baru ni..ari isnin ari tuh 1hb November 2010 Kedah dilanda hujan yang berlarutan 2 hari lamanya.Sebenarnya hujan dan start turun sikit pada Ahad tuh (31/10) maka kemuncaknya hujan turun sangatlah lebat pada hari isnin tersebut.

Maka akibat dari hujan yang sangat lebat, banjir mula melanda di kawasan sekitar daerah Kubang Pasu dan Kota Setar.Paling teruk rasanya di daerah Kubang Pasu yang mana pekan Jitra lumpuh sama sekali.Menurut pihak berwajib yang aku dengar sambil lewa kat TV tadi (aku tak pasan la pulak sapa spokesman maybe JKR atau Jabatan Meteorologi) hujan yang turun di Kedah merupakan himpunan atau bacaaan ukurun yang membawa kepada setahun punya kadar penurunan hujan dan yang terburuk sepanjang tempoh 100 tahun.Setakat ni sudah 6 mangsa menjadi korban mangsa banjir.Takziah diucapkan kepada keluarga mangsa dan mari sama-sama kita sedekahkan Al-Fatihah…Ketika entri blog ini ditulis banjir masih lagi belum surut dan ramai penduduk kat jitra masih lagi teperangkap dalam genangan air yang deras.

Mari lihat gambar-gambar yang sempat dirakam di daerah Kubang Pasu dan pekan Jitra.Ihsan gambar credit tuh En Antera Rizhan Rashidi atau Arn (bassist sayugia)

ni terusan Bt.13.. air naik mendadak..

Hotel PJ2..bandar jitra

Regulator dekat Tmn Kubang Pasu 2

ni sungai/terusan alor Cengaleh(betol ke eja?) kat pekan Jitra..

04-11-10 (3.00 pm), mcm sungai tetapi sawah padi..

03-11-10 (7.40 am) pizza yg status cermin dinding hilang tak diketahui

regulator jitra.. air sangat deras..

Tmn Rasa Sayang pon naik air jugak..

Kampung di Malau jugak..

Bomba dan Penyelamat sedang menjalankan tugas..

04-11-10 (3.00 pm), Kederasan yg padat dgn aksi..~

Taman Bunga Raya.. abis la BLM tu..~

Pekan Jitra 3.. area Nasmir n Jitra Mall

04-11-10 (3.00 pm), view highway berdekatan susur keluar B.Darulaman.. highway beb..~

Ramai yang di jitra teperangkap sebab jalan highway pun digenangi air.Apa-apa pun masih ada jalan alternatif lagi tapi jauh la kena pusing kot belah Aloq Setaq dan still ada juga jalan digenangi air.Diharapkan pada keesokannya atau sehari dua lagi air akan makin surut serta lebih puluhan ribu penduduk dapat dipindahkan semula dengan selamat ke kediaman masing-masing.Mari sama-sama kita berdoa kepada saudara mara kita supaya tabah menghadapi segala dugaan banjir dan dapat memulakan kehidupan dengan sempurna selepas kejadian ini.Segala yang berlaku pasti ada hikmahnya.Kita sebagai manusia harus redha dengan ketentuanNya. Wallahua’alam..

Share