Category Archives: Karya Saya
Di sebalik pembikinan filem pendek+video klip sayugia
Salam semua. Entry kali ni becerita serba sedikit mengenai projek videoklip sayugia plus filem pendek sekaligus.Hehehe.Sebenarnya penggambaran filem pendek ini sudah lama dibuat cuma ianya mengambil masa untuk penambahbaikan dan juga penambahan unsur-unsur CGI dalam beberapa scene.Sessi rakaman atau penggambaran telah dijalankan pada 12/6 dan juga 1/7.So Selepas itu ianya perlu digarap semula dan proses suntingan balik dan penambahan CGI dilakukan sepenuhnya di sayugia studios.Saya sendiri bertindak sebagai VFX designer dan melakukan kerja-kerja blending image CGI dan proses rendering.Dan Ihsani iaitu abang saya berperanan sebagai jurukamera.Promo filem pendek ini akan dikeluarkan pada masa terdekat ini(dalam minggu ini jugak!).Sebenarnya promo ini telah pun siap cuma perlu dikemaskini dan difinalise di beberapa scene yang mungkin mennampakan sisi2 kecacatannya huhu.Agak letih sebenarnya membuat kerja-kerja design ni.Kadang2 1 saat punya scene makan masa yang agak lama untuk disiapkan ditambah pula saya masih bertatih memahami dan mempelajari selok belok side effects yang relevan dengan scene.
Ok entry sebelum ini.Yang ampa semua nampak mamat tengah pegang cap tuh adalah..sapa lagi…kalo bukan…hehe.Tengok promonya nanti ye.Lokasi penggambaran berlangsung di kawasan sekitar candi Lembah Bujang dan di Sayugia Studios (green screen effects).Pada mulanya lokasi dicadangkan ialah gunung jerai tetapi memandangkan ada sedikit masalah teknikal dan juga cuaca ketika itu redup2 dan mendung berarak hampir nak hujan so ianya dibatalkan.Tetapi perancangan tetap ada untuk menjadikan kawasan gunung jerai satu destinasi penggambaran yang sungguh cantik pemandangannya.So promo videoklip akan direlease bersama dengan susulan single baru sayugia.Kiranya soundtrack filem pendek ini akan direleasekan selepas sahaja promo filem pendek ini dikeluarkan.
Sebelum ianya dikeluarkan nanti saya terlebih dahulu memohon kemaafan jika tidak dapat memberi kepuasan kepada peminat sayugia.Saya masih lagi dalam proses belajar untuk menghasilkan visual yang menarik dengan bantuan CGI.So dah kuar promonya nanti tontonlah dengan menganggap bahawa Sayugia Studios masih tersangat amatur menghasilkan videoklip sendiri.Ini adalah kerana segala semua kerja2 produksi dan pra produksi dilakukan oleh saya sendiri dan dibantu sedikit2 oleh bandmates.Saya sendiri bukannya datang dari golongan pembuat filem atau berkelulusan sarjana perfileman.Tetapi apa yang saya lakukan ialah atas dasar minat saya yang sangat mendalam untuk mempelajari seni cinematografi dan juga CGI.Apa yang penting saya tak kisah pun orang nak kutuk2 melihat karya sulung (filem pendek/videoklip) saya nanti.Saya bukannya Michael Bay ataupun Steven Spielberg.Saya hanyalah seorang yang insan yang baru nak merangkak2 dan bertatih mempelajari selok belok cinematografi dan CGI.
Ok hurm..siapakah pelakonnya, apa cerita disebalik filem pendek ini dan apakah bentuk atau genre cerita ini akan diberitahu kemudian di next entry nantikan ya!!
La awat pulak ni? Sapa mamat ni..
Jeng jeng..apa yang tak kena dengan cap tuh..sapa pulak mamat yang gigih nak p amik cap tuh..ada pa2 ka? huhu..so this weekend ada something yang hendak dipaparkan khas kepada peminat sayugia. Agak2 apa ek? lagu baru? hmm mungkin videoklip..hmm mungkin sedutan filem pendek..hmm mungkin saya saja nak bikin gempak sebab takdak idea takleh tidoq pagi2 buta ni..so segalanya mungkin..so nak kena bagi tau ke? hurmm takyah la tunggu this weekend k. Segala persoalan akan terjawab. Dan nantikan gambar seterusnya di next entry yang membuatkan ianya lebih saspen..HeHeHe..
Sayugia – Fotokatalisis Rindu
Sayugia – Fotokatalisis Rindu
Lagu/Lirik : Aiman Najmy
Susunan Muzik : Aiman Najmy
Verse 1
Waktu bersama kau di hatiku
Waktu berduka kau di sisiku
Setiap hari setiap waktu
Kau dalam jiwa kuUuu~~
Verse 2
Bila kau tiada hatiku berduka
Kehilanganmu sangat ku terasa
Hanya yang tinggal kenangan kita
Dalam mimpi~
Chorus
Fotokatalisis rindu ini kan menjelma kembali
Tiada bintang yang dapat menerangi hidupku
Verse 3
Pertemuan kita di dunia ini
Hanyalah sementara sebelum ajal tiba
Bila tiba saatnya kita berpisah jua
Kita harus terima dengan hati yang terbuka
Verse 4
Tiada kata yang dapat ku ungkapkan
Untuk menceritakan kenangan indah itu
Tiap saat berlalu ku teringat dirimu
Bila kau dalam jiwaku yang penuh ragu itu
Chorus
Bridge
Fotokatalisis rindu kini kembali
Tabahkanlah hati ku untuk menempuh hidup ini.
Ulang 2nd Chorus 3x
Fotokatalisis
Fotokatalisis
Rindu ini kembali
Sayugia – Bertemu Lagi
Sayugia – Bertemu Lagi
Lagu/Lirik : Aiman Najmy
Susunan Muzik : Ihsani
Verse 1
Tesedar dari lamunanku ini
Mengenangkan dirimu
Nun jauh di sana menanti harapan
Untuk bertemu lagi
Prechorus
Kekusutan jiwaku ini
Melanda sanubari ku yang merintih
Chorus
Untuk bertemu lagi untuk mencari lagi
Jutaan mimpi-mimpi yang bersemi
Di dalam jiwa ini akan menangis
Walau dunia milik berdua
Verse 2
Melayarkan kesabaran di hati
Untuk bertemu lagi
Ku memohon kepada Tuhan yang Esa
Berikan kekuatan
Ulang – Prechorus
– Chorus 3x
Bandmate Sayugia















