Category Archives: Rawak dan Khusus

Blogger Yang Kecewa

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Tugasan terbaru Rohaizad dot com kembali lagi.Tugasan kali ini bertajuk Blogger Yang Kecewa dan adalah yang ke 6 dan merupakan kedua kalinya untuk bulan Februari.Tarikh dateline memang ngam-ngam pengakhiran bulan Februari.So sesapa yang maybe nak baca tugasan yang terdahulu mungkin terlepas peluang maka anda boleh lahh baca kat sini.Anda boleh baca tugasan yang pertama hinggalah ke 6 ada saya telah listkan linknya.Silalah baca kalo berminat huhu.

Aku sebenarnya taktau nak ceritakan pasai apa mengenai terma ‘kekecewaan’ ni.Aku dua tiga hari ni bz sikit dengan urusan macam segala hal dan tak sempat pulak nak memikirkan apakah cerita yang sesuai untuk disampaikan huhu.Aku sangat kuciwa~ Cuma aku sangatlah kecewa bila memikirkan

Share

Blogger Yang Jatuh Cinta

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Ya kali ni assignment kali ke 5 anjuran Rohaizad dot com kembali lagi.Kiranya tugasan yang kedua pada tahun ini.So tajuk yang diberi kali ini adalah Blogger Yang Jatuh Cinta.So apa agaknya aku nak cerita ini.Cinta mempunyai pengertian yang luas tak semestinya jatuh cinta kepada manusia saja ye tak.So sebelum aku becerita kalo sesapa yang teringin nak baca tugasan terdahulu boleh rujuk link berikut.

1)Blogger Yang Tersepit
2)Blogger Yang Terdesak
3)Blogger Yang Terkentut
4)Blogger Yang TerKejut

Aku sebenarnya tak pernah terlintas di benak jiwaku untuk menjerumuskan diri aku ke dalam dunia blogging ni.Dahulunya aku anggap.. “Ahh buang masa tulis-tulis blog ni!” tambah-tambah cerita pasal hal peribadi, hal cintan cintun atau hal dunia lain.Aku rasa bloggers itu amat poyo apabila menceritakan kisah-kisah kehidupan diorang.TAPI nah sekarang! Apa yang aku kata kat orang jadi kat aku balik..huhu.So what goes around comes around.Aku pulak sekarang jadi bloggers cerita pasal kehidupan itu dan ini.

Ok abih dah intronya hehe.Sekarang baru masuk part isi.Ya aku dulu tak pernah terfikir nak

Share

Universiti yang menawarkan kursus blogging

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Tajuk entri di atas adalah tujuan untuk mewujudkan satu persoalan saja.. bukannya aku nak bagitau exactly apakah ada kursus mengenai blogging yang diwujudkan di universiti tempatan atau antarabangsa.Sila baca sampai habis apa yang aku nak luahkan yang berkaitan dengan tajuk ini.

Aku sebenarnya belum lagi mencapai usia setahun mendalami dunia blogging ini.Bak kata orang baru setahun jagung.Masih berhingus ya itu ungkapan paling tepat untuk diriku.Aku mula belajar-belajar buat blog pada bulan

Share

Bolehkah nama domain difaraidkan?

Salam semua kepada pembaca aimannajmy dot com.Sedar tak sedar tinggal lebih kurang 11 hari sahaja lagi sebelum tahun 2010 menutup tirainya.Sungguh cepat dan pantas masa berlalu meninggalkan kita.Dah lama aku tak bercoret mengenai dunia blogging.So topik kali berkaitan dunia blogging sikit huhu.Tetiba tengah aku dok asyik monetize blog niche terlintas di fikiran aku mengenai persoalan ini (tajuk entri kat atas).Anda semua tahu apa itu domain name atau nama domain? Kalau mungkin ada yang taktau nama domain adalah nama laman web yang anda salu taip kat browser anda itu.Macam blog ini nama domainnya ialah www.aimannajmy.com.

Share

Blogger Yang Terkentut

fart_remix_cover_art

Salam semua dan selamat berpuasa kepada semua pembaca aimannajmy dot com.Ya kali ini kerja sekolah anjuran rohaizad.com kembali lagi.Tugasan kali ini adalah masuk tugasan yang ketiga yang disediakan oleh beliau.Sebelum ini tugasan yang diberikan adalah blogger yang terdesak dan blogger yang tersepit.Tapi tajuk kali ini agak mempunyai unsur gas-gas yang tak menyenangi hidung anda hoho.Yaa..blogger yang terkentut.Mari kita bebicara mengenainya sambil kita kentut bersama-sama.

fart
Berbicara mengenai kentut (prott!!) lepas sedas dulu.Setiap insan di atas muka bumi ini pernah kentut.Ianya reaksi normal badan dalam mengeluarkan gas-gas yang teperangkap yang tak digunakan untuk dikeluarkan bersama-sama aroma yang perghh penuh kesyahduan dan menusuk rongga hidung anda.Sepanjang hidup anda adakah anda pernah mendefinasikan kentut anda kepada jurus-jurus atau hikmat tertentu yang mempunyai keunikan yang tesendiri.

fart

Ya kebiasaannya kentut time makan,kentut time rehat2 tengok TV,kentut time dalam tandas dan lain-lain.Ya mari kita tengok hikmat atau jurus kentut yang telah dialami atau maybe anda yang mengalaminya hehe.
fart2

Hikmat Kentut di awanan biru
Jurus ini sangat sukar untuk dilaksanakan.Ianya hanya berlaku ketika anda di paras lebih 5000 kaki ke atas dari permukaan bumi yakni berada di atas kapal terbang mahupun di puncak gunung yang mampu menggapai awanan biru.Tu pun kalau anda terkentut time tu, kalo tak memang telepas peluang.Agak rare jurus ini.

Hikmat kentut seribu bayangan
Jurus ini berlaku ketika perhimpunan atau kesesakan manusia di bawah pancaran cahaya matahari yang terik.Yang mana bau kentut anda mampu hilang tanpa disedari dicelah bayang-bayang manusia yang ramai itu.

Hikmat kentut 3 kali ganda bertubi-tubi
Ya hikmat ini sangatlah tidak susah dilaksanakan.Kentut anda tiba-tiba mencetuskan penembakan padu dan bertalu-talu tanpa anda dapat mengawalnya.Sangat sukar!Kadang-kadang minda anda hanya set nak kentut sekali tetapi tiba-tiba 3 kali ganda bertubi-tubinya anda kentut dalam satu saat.Kadang-kadang kedengaran seperti tembakan senjata AK47.

Hikmat kentut mengaburi pihak lawan
Jurus kentut ini tidak sukar dilaksanakan.Timing adalah segalanya.Praktis make perfect!Ianya berlaku apabila anda kentut dan batuk serentak.Jadi pihak musuh mesti menganggap anda batuk dan bukannya kentut.TAPI jurus ini tetap kantoi jika anda baru lepas mkn telur rebus.Baunya tetap dapat dihidu pihak lawan.

Hikmat kentut musuh dalam selimut
Kentut ini sangat bahaya dan mampu menumbangkan pihak lawan tanpa disedari.Ianya ibarat senjata biokimia dalam menentang pihak musuh.Kentut ini langsung tidak mengeluarkan bunyi yang mana ianya langsung tidak dikesan pihak musuh.Kalo diukur tahap decibel menghampiri 0.Tapi baunya PERGHH!Sendiri mau ingat!

Hikmat kentut Beta Version 2.0
Jurus kentut ini masih dalam peringkat percubaan.Bagaimana ianya berlaku? Ianya berlaku ketika tiba-tiba anda rasa nak kentut tiba-tiba tak jadi.Ya kadang-kadang menyakitkan hati anda.Ketika suasana tenang dan tiada orang dan anda hendak menghayati ritma kentut anda,tiba-tiba tak jadi kentut.Buat camana dah peringkat percubaan.Anda hanya perlu besabar,full version tetap akan menyusul tiba.

Hikmat kentut menguji kesetiaan
Jurus ini hanya berlaku apabila terdapat sekurang-kurangnya dua individu terlibat dalam aktiviti kentut.Ianya berlaku apabila kentut anda berbunyi berselang seli dengan bunyi kentut sahabat anda.Di sini kita dapat lihat betapa setianya sahabat anda menyambut bunyi kentut anda dengan bunyi kentutnya.Anda tidak beseorangan dalam melakukan aktiviti kentut!Kesetiaan teruji apabila kadangkala kentut anda kuat darinya atau lagi busuk darinya.Ini boleh mencetuskan polemik antara kalian.Misalnya anda maybe berkata “aku nak kentut hang pun sibuk nak kentut jugak,kuat pulak tuh”dan lain-lain polemik yang mampu anda utarakan.

Hikmat kentut diulit mimpi indah
Kentut ini anda alami bila anda dalam keadaan minda separuh sedar/mamai/blur tido dalam jaga.Anda tak sedar sama anda kentut atau tidak.Kadang-kadang bila anda sudah tesedar anda terus menyalahkan pihak lain kerana baunya yang terlalu harum mengganggu tidur anda.Anda tak sedar andalah yang mencetuskan kentut berbau itu.Cuma ketika itu anda berada pada minda separuh sedar.

Hikmat kentut jalinan kasih kepura-puraan.
AMARAN:Jurus ini hanya boleh dilakukan ketika anda berada di alam puncak percintaan.Ketika inilah kentut anda dihargai.Anda boleh melakukan apa sahaja hikmat atau jurus,hakikatnya kentut tetap dihargai walaupun busuk ianya tetap wangi.Misalnya ketika anda terkentut dihadapan kekasih anda,kekasih anda tetap melemparkan senyuman kepuasan walaupun hakikatnya bau cam nak muntah kuning.(Tengah hangat becinta la katakan!)Kentut pun wangi.

dan akhir sekali 2 hikmat yang paling tidak disukai dan mengundang depression dalam jiwa ialah

Hikmat kentut tikam belakang
Anda tidak suka kentut depan kawan dan sangat clean dari segi hubungan kawan2.Di tempat berkumpulnya rakan-rakan satu hari anda dituduh kentut dan mencetuskan bau muntah hijau oleh kawan baik anda sendiri.Padahal kawan andalah yang kentut anda pulak kena.Pastu orang sekeliling mempercayai tuduhan kawan anda terhadap anda lalu anda dipandang serong.Anda sangat kecewa apabila kawan baik anda sanggup tikam belakang anda dengan menuduh anda yang kentut.Anda perlu berhati-hati bila berdepan dengan hikmat kentut tikam belakang.Anda perlu selfconfidence yang tinggi bagi menangkis tuduhan atau anda boleh balas balik serangan hikmat kentut tikam belakang kepada sahabat anda pada masa yang sesuai.

Hikmat kentut senjata makan tuan
Inilah jurus yang tidak sengajakan dan sangat tidak disukai.Kadang-kadang niat anda murni.Anda ingin melepaskan kentut dengan jayanya.Tapi bukan kentut yang telepas tapi sebaliknya yang keluar…(err anda sendiri paham).Yang peliknya anda tak sakit perut pun..jauh sekali cirit birit.Kalo keadaan camtu memang hakikatnya tidak boleh elakklah.Tapi ini tidak.Anda sihat sahaja dan secara tiba-tiba anda melancarkan hikmat kentut senjata makan tuan.Maybe anda termakan betik lebih atau sambal belacan hoho.Kadangkala hikmat ini terjadi ketika anda cuba hendak mengawal volume kentut(dengan mengawal tekanan perut) supaya kentut anda tidak memecahkan kesunyian.Tapi sebaliknya berlaku.So berhati-hatilah di masa akan datang.Ianya boleh berlaku dalam hidup anda.

*Penerbitan entri hanyalah sekadar suka-suka.BUKANlah untuk menggalakan budaya kentut merata-rata.Hiasi peribadi amalkan kentut yang berdisplin.Anda kentut anda puas.

Share