Siapa Saya

bajet machoSalam hai semua panggil ja saya aiman atau najmy atau aimannajmy. Saya blogger mai dari utara sana nuh menetap di Bedong Kedah masih single dan belum berkahwin. Saya banyak bertukar kerja dan sekarang lebih menumpukan dalam bidang yang saya sangat minat iaitu blogging dan freelance composer. Tak banyak yang saya boleh kongsikan kan tentang diri saya. Dalam arena blogging, saya baru saja bermula dan begitu juga dengan perniagaan internet yang kata orang masih bertatih. Saya mula berjinak-jinak dengan dunia internet marketing dan juga blogging pada akhir bulan September 09. Pada waktu tersebut saya cuma membaca blog-blog orang lain dan bisnes internet yang ada. Antara ilmu yang saya sudah pelajari adalah ilmu affliate marketing. Akan saya kongsikan kemudian. Sudah banyak pengorbanan yang telah saya lakukan sama ada wang ringgit atau masa hanya untuk mendalami dan memahami selok belok perniagaan internet yang begitu luas pasarannya. Tersangatlah luas tanpa sempadan. WORLD WIDE WEB BISNES. Yang tinggal hanyalah TINDAKAN saya sendiri. Ibarat senjata sudah di tangan tunggu masa untuk berperang ja. Ya saya amat pasti ramai yang tidak percaya akan perniagaan atau bisnes di internet. Cakap sahaja mengenai bisnes di internet ayat yang standard yang selalu saya dengar  “Ah menipu je suma tuh aku dh cuba banyak kali tak jadi pun,haa bisnes nak cari downline la tuh , halal ke, ni mesti skim stail pelaburan/MLM ni” So terpulanglah pada persepsi masing-masing. Ada yang hati keras memang anti atau benci gila dengan bisnes internet bagi la hujah apa pun tetap tak nak terima. Ada yang ragu-ragu nak cuba. Ada yang percaya terus then buat pastu tak jadi tak mau buat dah. Ada yang memang percaya dan boleh buat tapi MALAS (haa saya tergolong dalam spesis ni dulu). Saya harap blog saya ini akan menjadi batu loncatan untuk saya terus menggali ilmu-ilmu baru di internet dan berkongsi dengan pembaca.  Blog ini lah akan menjadi sumber inspirasi untuk maju dalam bidang yang saya ceburi. Hari demi hari saya mula belajar benda baru dan apa jua ilmu-ilmu BASIC (asas newbies) mengenai dunia blogging dan perniagaan internet akan cuba saya kongsikan kepada semua pembaca. nindiadsc00724

Di samping melakukan kerja-kerja marketing di internet saya juga seorang komposer. Saya sangat suka mencipta lagu. Sedap ke tak sedap ke belakang cerita. Hobi saya memang suka mencipta lagu. Keinginan atau tercetusnya bakat mencipta lagu apabila saya memasuki pertandingan mencipta lagu peringkat daerah sewaktu saya bersekolah di tingkatan 4. Then hobi tersebut terbawak2 sampai sekarang. Asal ada masa lapang je saya akan grab gitar saya dan duduk di atas buaian haa pastu mula lah berkarya. Pastu kalo rasa cam sedap je cam best je terus masuk studio dan rekod. Saya mempunyai mini studio iaitu sayugia studio dan juga band saya sendiri (sayugia).Band ni baru ja setahun ditubuhkan.  Band saya terdiri daripada saya, arn dan juga pijat (old schoolmates). Abang saya ihsani bertindak sebagai pengurus dan beliau ada juga menyumbang lagu untuk band. Untuk maklumat lanjut anda boleh pergi ke facebook anda then taip word sayugia kat kotak search then terus ke pautan sayugia pages. Saya juga akan berkongsi perihal band saya dan juga lagu-lagu yang saya hasilkan. Yela asyik cerita bisnes kang bosan layan lagu la pulak hehe. Saya memang seorang yang aktif dalam bidang muzik sejak dari zaman sekolah sampailah ke universiti dan terbawak2 ke life saya sekarang. So sudi-sudi kan lah dengar lagu dari pencipta amatur seperti saya. Saya juga masih belajar skill-skill menulis lagu dengan baik. Selamat datang ke blog saya mari kita berkongsi bersama-sama ilmu yang berguna.

Share