Sayugia akan terus berkarya..

Kami Sayugia tetap bereksperimen mencari muzik sendiri dan berusaha memberikan karya yang terbaik More »

Sayugia studio

Disini tempat aku mencari ilham dan juga bersama rakan-rakan jamming mencari idea mencipta lagu More »

Sayugia Mixing and Recording

Segala proses rakaman dan mixing dilakukan disini di mana ianya bersambung terus dengan jamming studio. More »

Sayugia studio

Selain drum acoustic, perlu juga menggunakan drum electronic untuk mendapatkan set piece yang lain dari lain. More »

Interior design Sayugia Studios

Bahagian dalaman studio.Segala aktiviti rakaman serta jamming dilakukan di sini. More »

 

Blog kena hacked lagi

Hampir tiap-tiap tahun ada saja yang tak puas hati nak hack blog aku huhu.. aku bukannya retis pun.. takpun blog ni bukannlah mencatat jutaan trafik pun setiap bulan.Nak test skill hacking pun pegi la tunjuk protes kat website yahudi israel ka, website korea utara ka, ini blog picisan aku ni hang terhegeh-hegeh nak hack ada untung pa.Hackers yang terdahulu dari Russia, Pakistan ngan India.Yang terbaru ni dari Indon..  Aduii dugaan sungguh la, aku baru ja nak kembali ke arena blogging tiba-tiba kena hack.. what kind of sorcery is this??? Apa pun ianya tak mematahkan semangat aku untuk terus menulis hehe..

lahanat hackers

Kepala hotak lu maniak.. ingat dia sorang ja ka dalam dunia ni tau bab hack mengehack

Aku sebenaqnya taklah mengkaji dengan mendalam mengenai industri bawah tanah hacking menghacking ni.Aku rasa cam malas nak tau lebih-lebih.. tapi aku ada la baca-baca dan tau sikit-sikit macam mana orang hack atau ddos attack ni.Paling selalu dengaq Ping Flooding la (ICMP flood, Smurf attack, Ping of death, or SYN flood).Jenis non-setop query-query ni termasuklah Heavy-duty SQL queries sampai abih telan resources server aku rasa pakai software la kot nak tembak banyak ping ngan query.Bab-bab modify coding ngan scripting haa ni memang aku taktau langsung huhu.Aku rasa truly hackers rasanya mesti conpem tau modify dan manipulate code dan scripting.. Niat nak mengkaji tu ada.. tapi masa pulak takdak.. bukan pa kaji untuk kebaikan.. next time kalo website berharga aku yang lain kena hacked sekurang-kurang tahu nak counter balik.Yela manusia jenis PHD ni ramai..

Apa pun since blog aku dah banyak kali sangat kena hack.. maka aku dah mula start baca-baca sikit-sikit dan

Share

Founder dan manager Sayugia menamatkan zaman bujang

Drummer Sayugia

Ihsani gitaris sayugia

Tahun lepas pada bulan 3, bassist sayugia menamatkan zaman bujangnya.. manakala tahun ni akhir bulan 3 juga founder dan manager Sayugia iaitu Ihsani pula menamatkan zaman bujang.Adakah tahun depan giliran aku pula?? Hehehe~ Ramai tentu menyangka aku adalah founder Sayugia.Tetapi hakikatnya aku hanyalah co-founder sahaja hehe.Aku lebih banyak melibatkan diri dalam skop penciptaan lagu dan video editing sahaja berbanding abang aku yang merangkumi semua aspek dari awal penubuhan sampailah sekarang.Abang aku selain bertindak sebagai manager, beliau juga ahli band Sayugia yang memegang posisi drummer dan juga gitar utama (bergantung pada jenis lagu).Bassist Sayugia juga boleh bermain drum, so mereka berdua kerap bertukar posisi bergantung kepada jenis lagu.Untuk mengetahui sejarah Sayugia yang lebih details boleh la belek-belek post yang lepas hehe.

Tok kadi akad nikah

Sepatutnya post mengenai majlis perkahwinan ni aku terbitkan pada awal bulan 4.Tetapi memandangkan aku sedikit sibuk maka disaat ini baru aku rasa kelapangan sikit.Majilis ini diadakan pada 30/3/2013 serentak dengan gabungan sekali majlis kenduri pihak lelaki dan perempuan.So save la budget sikit hehe.Majlis akad nikah diadakan sehari sebelum kenduri kawin.Isteri yang dinikahi juga orang utara so memang senang la kalo majlis digabung sekali.Seperti biasa aku ditugaskan menjadi

Share

Kisah aku sebuah beg nike

Beg nike

Untuk mendapatkan kembali ‘aura’ menulis yang telah 3 bulan aku tinggalkan, maka aku ingin ceritakan mengenai kisah sebuah beg.Beg nike ni sememangnya mempunyai significant dalam kehidupan aku dan ianya telah berkhidmat lebih dari 1 dekad.Banyak jasa dan pengorbanan telah ditaburkan oleh beg ini.Pendek kata.. bila aku memandang sahaja beg ini telah terungkap pelbagai kisah disebaliknya.Pada pandangan orang biasa.. tiada apa yang menarik perhatian.Pada pandangan aku sahaja ianya memberi seribu kenangan yang cukup sukar dilupakan.Sehingga kini beg ini masih bertahan dan masih gagah memberikan khidmatnya tanpa putus sebarang tali galas atau terdapat kesan carikan.Mari kita ikuti kisah beg ini.

Aku lihat orang di luar kedai lalu lalang dan sekali sekala memasuki premis perniagaan di mana aku ditempatkan bersama kawan-kawan aku yang lain.Maklumlah cuti sekolah, tentu ramai sekali pengunjung yang berkunjung ke Langkawi Fair Shopping Mall.Hatiku bergusaran dan berdebar-debar siapakah gerangan manusia yang bakal memiliki aku.Kawan aku si beg sendeng baru sebentar tadi dibeli oleh remaja belasan tahun.Nasib aku belum lagi tahu.Tiba-tiba datang seorang remaja lelaki berusia yang aku rasa dalam lingkungan tingkatan 3 atau 4 memasuki premis bersama dengan ibu dan abangnya.Mereka kemudian membelek-belek rakanku yang lain.Seraya aku terdengar budak lelaki tu berkata..

“Mak.. beg sekolah eman dah carik kat tali galas.. tengok beg nike ni macam berkenan pulak.. ” berkata budak lelaki itu.

“Ohh yaka.. haa pilih la mana berkenan.. mak tengok beg tu sekolah lama tu pun cam dah teruk..” ibu budak lelaki budak itu bersuara.

Budak lelaki itu mula meminta sales girl supaya tolong ambilkan diri ku yang berada tergantung atas sikit berbanding kawan aku yang lain.Dibeleknya aku.. dipegang.. dicuba galas.. sekali-sekala dia cuba bermain-main dengan zip berulang kali sehingga aku rasa geli hendak gelak tapi aku berjaya cover.Setelah lama diriku dibelek.. ku lihat budak lelaki tu yang aku syak bernama Aiman telah

Share

Akhirnya aku kembali menulis seperti dulu

Dual Screen Monitor

Salam pembaca yang dihormati sekalian hehe.. masihkah ingat anda pada aku?? Hehehe.. sedar tak sedar sudah 3 bulan lamanya aku tak update.. perghh~ Memang pantas sekali masa berlalu.Kalo anda masih ingat ada sebab tertentu aku mendiamkan diri tidak berblogging buat sekian lamanya huhu.. Entri lepas ada menceritakan segala-galanya.Jika masih blur silalah baca entri terdahulu.Akhirnya formula atau kaedah aku yang cari sudah menemui jalan yang aku inginkan.Tiga bulan lepas aku mention dalam entri terdahulu bahawa aku akan pantau secara berhati-hati dan lebih details mengenai formula atau kaedah yang aku rumuskan berdasarkan kajian tahun-tahun lepas.Apa yang aku dapat kata.. hasilnya cukup positif!! Huhu.. tapi bukan boleh dibanggakan lagi.. Pendek kata aku dah jumpa jalan keluar yang mana sebelum ini para penggiat SEO tewas dan give up dalam persaingan yang sangat kompetitif.Aku telah sedar bahawa selama ini banyak mistake bodoh yang aku dah buat.Apa pun aku akan perincikan lagi mengenai hasil kajian aku 3 bulan lepas dalam entri-entri yang akan datang. Tunggu~!

Banyak perkara berlaku sepanjang 3 bulan lepas.. Huhu tak mampu aku coretkan.Sama ada ianya melibatkan perkara peribadi dan juga hala tuju bisnes aku.Cuma apa yang dapat aku nyatakan.Aku ingin kembali semangat berblogging seperti dulu dan membina jenama balik haha.. Aku dah ada kekuatan balik nak berblogging hehe. Ohh ya aku dah ubah theme baru kepada theme lama haha.. Niat aku dulu beli thesis theme adalah untuk design blog aku dengan cara aku sendiri dan menjadikan design itu lebih unik.. makna kata blog aku designnya mempunya identiti yang tersendiri.. misalnya bila orang tengok ja design blog aku.. orang dah agak feel penjenamaan blog ini………….tapi nampaknya tak kesampaian haha.. aku perlukan masa yang panjang untuk redesign balik.. buat semula dan menjana idea yang lebih kreatif.So buat masa ini, aku terpaksa stick kepada design yang lama dulu.. bak kata orang.. apa guna pada design smart abih tapi content tak menarik ye tak haha. Apa pun memang dalam senarai TO-DO list aku nak redesign blog ini kepada design yang lebih unik.. cuma masa dan idea yang bernas belum nampak huhu..

So sekian sahaja update ringkas kali ni.. aku harap kali ni memang betul2 serius untuk aku aktifkan blog ini balik huhu.. dan harap tidak ada apa2 major problem seperti 3 bulan lepas hehe.Maybe kawan-kawan yang salu singgah blog ni dah lupakan aku gamaknya hehe.. takpa nanti aku cuma sedaya upaya aktif kembali ‘blogwalking’.Now.. i’m back. Brace Yourself.. kadar keterujaan aku hendak menulis sangat tinggi sekarang.Jumpa di next entri!

 

Share

Permainan SEO antarabangsa bukan perkara mudah

Nampaknya terbabas lagi aku untuk update blog ini huhu.Susah sungguh aku nak tetapkan pendirian dalam kepala otak aku ini bahawa aku mesti singgah blog personal aku ini dan update.Apabila ada sahaja kerja penting yang mendatangkan kerungsingan dalam kepala otak aku, maka aku terpaksa abaikan blog aku ini.Jeles aku tengok rakan-rakan blogger yang lain yang non-stop hari-hari update dan blogwalking.Aku masih lagi tercari-cari rentak untuk aktif berblogging.Dan oleh itu mari kita sambung ke tajuk perbincangan.Permainan SEO dalam arena antarabangsa sememangnya bukan sesuatu yang mudah bagi aku.Setidak-tidaknya bagi aku lah kan.Orang lain dah pro memang tak merasa tempiasnya huhu.Bagi mereka yang tertanya-tanya atau masih blur apa ke benda SEO ini maka tunggulah nanti aku akan update mengenai topik SEO ini dari perkara basic sampai ke tahap yang aku sendiri pun tak paham.So buat mereka yang tak paham.. baca sajalah apa yang aku nak merepek dalam entri ini.Andai paham bagus.. tak paham sudah haha.Bukan kena potong markah pun kahkahkah..

search-engine-algorithm

Google.. sapa tak kenal Google zaman internet ni nampak beno nipunyer huhu.Dalam industri enjin carian, sememangnya Google pendominasi utama dan terdahulu dari pesaing-pesaing yang lain seperti Bing, Yahoo dan lain-lain yang suam-suam kuku penggunaannya oleh para internet seluruh dunia.Dalam market local atau tempatan, aku sememangnya belum pernah lagi mencuba permainan SEO ini.Kata kunci atau keyword bagi bahasa tempatan yakni bahasa melayu sememangnya juga menyumbang kepada industri atau perniagaan sama ada offline atau online di negara ini.Dalam setahun ke dua tahun aku mengkaji search engine ini, maka banyak benda lah aku dah tau.. dan andai kata aku ingin target kepada keyword tempatan, InsyaAllah aku mampu buat.Tetapi itulah masa tak  mengizinkan.. biarlah aku kaji keyword antarabangsa dahulu yakni keyword bermediumkan English.Bagi aku.. keyword tempatan ni persaingannya tidaklah terlalu dahsyat seperti mana keyword dalam Bahasa Inggeris.Aku dah membebel banyak mengenai perkara ini dalam entri yang lepas-lepas,Kalo rajin bacalah ye hehe.

Tetapi, melainkan keyword tempatan yang agak sengit persaingannya seperti

Share